6 mesej penting daripada wartawan Amerika yang terperangkap di Syria

 

Wartawan Bilal Abdul Karim dari New York yang telah terperangkap di dalam Syria telah mengetengahkan beberapa isi penting yang wajar untuk semua orang hadam dan faham tentang realiti sebenar yang berlaku di Syria. Berikut ialah pengajaran yang boleh didapati daripada temubual bersama wartawan ini:

1. JANGAN PUTUS ASA TERHADAP SYRIA

Walaupun masa depan Syria kelihatan kelam tetapi usaha dan harapan untuk selamatkannya mesti berterusan. Berkata Bilal,  “Kita tinggal di atas waktu yang dipinjam. Tetapi masih ada peluang bagi kebaikan itu untuk terserlah”

2. RAKYAT SYRIA SEPERTI TIADA PILIHAN UNTUK SELAMATKAN DIRI DARIPADA KELAPARAN DAN PENGEBOMAN KERANA SESIAPA MENINGGALKAN KAWASAN TERSEBUT BOLEH TERDEDAH DENGAN AKTIVITI KEKEJAMAN KERAJAAN SYRIA

Kekejaman pemerintahan Basyar al Assad telah memaksa rakyat Syria untuk lebih rela menghadapi kelaparan dan pengeboman daripada meninggalkan kawasan tahanan.

85% daripada Syria telah ditahan oleh rejim Syria. Daripada jumlah yang terperangkap di dalam tahanan rejim itu yang dianggarkan 100,000 ke 300,000 orang,  hanya 10,500 yang dilaporkan meninggalkan kawasan tersebut.

Bilal berkata,  “Tiada sesiapa dipaksa untuk tinggal di kawasan tahanan tersebut.  Sebenarnya,  daripada yang tinggalkan tempat tersebut,  beratus-ratus orang dilaporkan hilang. Ini sendiri telah menerangkan kuantiti aktiviti kerajaan Syria itu sendiri”.

3. TINDAKBALAS SEBENARNYA DATANG DARIPADA RAKYAT SYRIA SENDIRI DAN BUKANNYA DATANG DARIPADA PEJUANG ASING DAN PENGGANAS SEPERTI YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN DALAM MEDIA

Bilal berkata,  “Saya telah berjumpa dengan 3 orang dari Mesir dan seorang dari Uzbekistan. Tetapi,  selebihnya yang berada di antara pasukan Basyar Al Assad dan penduduk Aleppo ialah penduduk tempatan dan orang Syria daripada Free Syrian Army. Pengganas yang ada di Syria hanyalah Daesh tetapi mereka tiada di Aleppo”

4. MISI PENYERTAAN RUSIA DI DALAM PERANG DI SYRIA MERAGUKAN

Bilal telah mempersoal tindakan Putin untuk melenyapkan Daesh dengan berkata,  “Kalau itu menjadi tujuan Rusia,  mengapakah tentera Rusia mengebom orang lelaki,  perempuan dan juga kanak-kanak Syria? “

5. TERDAPAT INDIKATOR JELAS WASHINGTON HANYA MENGGUNAKAN DAESH UNTUK MENGHADIRKAN PENGARUHNYA DI RANTAU TERSEBUT

“Bukankah sebaliknya mudah untuk jet pejuang British dan US untuk menaburkan makanan dan ubat-ubatan di Aleppo?” soal Bilal.  “Jika mereka boleh menurunkan bom kepada Daesh mereka juga boleh menurunkan bantuan kemanusiaan kepada kita,” kata Bilal.

6. PENCINTA KEAMANAN SELURUH DUNIA HENDAKLAH MEMBUAT PROTES DI PUSAT KEDUTAAN SYRIA,  RUSIA DAN CHINA

“Kehadiran China tiada di rantau tersebut,  tetapi China telah menghalang usaha untuk mengenakan sekatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan inisiatif bermakna yang lain. Saya menyeru orang untuk mula boikot produk buatan dan perkhidmatan China. Biarkan korus suara ini datang bersama-sama dan meningkatkannya demi rakyat Aleppo,  Idlib dan kawasan-kawasan lain di Syria,” kata Bilal.

Pada saat temubual bersama Bilal dijalankan,  terdapat berita tentang inisiatif Turki yang melibatkan konvoi oleh Humanitarian Relief Foundation yang merancang untuk berlepas dari Istanbul pada jam 11 pagi pada 14 Disember. Konvoi ini disertai oleh setiap kawasan di Turki dan juga penglibatan dari luar negara.  Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat biasa dari seluruh negara inginkan kerajaan mereka bertindak sekarang bagi menyelamatkan penduduk Syria yang tidak bersalah daripada penindasan dan pembunuhan. Persoalannya,  mengapakah kerajaan British dan US terutamanya seperti teragak-agak untuk bertindak?

Bilal Abdul Karim ialah salah satu pengasas On the Ground News sebuah badan pengumpul berita bebas bertempat di Syria.

Sumber daripada artikel “As death rains down on Aleppo,  why does Western countries reluctant to act?” oleh Yvonne Ridleywww.middleeastmonitor.com – ismaweb

Disunting oleh :
Siti Amalia binti Samarudin

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts