JAWI perluas kebenaran majlis akad nikah dalam tempoh Fasa 1 PPN

 

 

BANGI – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memperluaskan kebenaran majlis akad nikah dalam tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Pengarah JAWI dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan majlis akad nikah hanya boleh dilaksanakan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin sahaja.

Beliau berkata, majlis itu hanya dibenarkan untuk dijalankan di JAWI Kuala Lumpur, cawangan Putrajaya dan cawangan Labuan serta masjid-masjid kariah yang terpilih di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

“Kehadiran ke majlis akad nikah di JAWI Kuala Lumpur, cawangan Putrajaya dan cawangan Labuan serta masjid-masjid kariah yang terpilih terhad kepada tiga orang sahaja iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.

“Jurunikah dan dua orang saksi adalah dari pihak JAWI atau masjid yang berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, menjadi tanggungjawab pendaftar atau penolong pendaftar di Wilayah Persekutuan untuk memastikan pasangan dan wali menjalani ‘swab test’ terlebih dahulu, serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pengurusan tertinggi JAWI.-Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts