7,000 orang terkorban dalam peperangan di Yaman

332514_620

 

SANAA – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan sekurang-kurangnya 7,000 orang terkorban dalam perang saudara selama 20 bulan di Yaman.

Manakala, lebih 36,818 cedera dan seramai 21 juta orang memerlukan perkhidmatan kesihatan dengan segera.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, WHO turut menyatakan lebih daripada separuh kemudahan kesihatan di seluruh negara ditutup dan hanya sebahagian sahaja yang berfungsi ketika saat-saat genting.

Sementara itu, Duta Damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa negara itu berada dalam kedudukan ‘ambang lembah’.

“Orang ramai mati… infrastruktur runtuh… ekonomi merosot,” kata Duta PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed pada pemberita di ibu negara Sanaa.

Sehubungan itu, beliau menyeru peperangan ini ditamatkan.

Sebelum ini, laporan yang diterbitkan Projek Data Yaman mendedahkan lebih daripada satu pertiga serangan udara pasukan tentera pakatan mensasarkan kawasan orang awam termasuk sekolah, hospital dan masjid.

Sehubungan itu, Ismail menggesa gabungan Arab mengawal ruang udara Yaman untuk membenarkan penerbangan komersial dalam dan luar lapangan terbang antarabangsa Sanaa dilakukan.

Ini berikutan, mangsa yang cedera dapat dipindahkan.

Gabungan itu bagaimanapun menolak cadangan itu dengan mengatakan pemberontak akan menggunakan lapangan terbang itu sepenuhnya untuk mengangkut senjata. – Ismaweb

 www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts