Gaza – Sekurang-kurangnya 213 wartawan P4lest!n telah terbunuh akibat serangan Is-Not-Real di G4z4 sejak bermulanya serangan pada Oktober 2023, menurut kenyataan Pejabat Media Kerajaan G4z4. Terbaru, wartawan Nour Abdu terbunuh ketika membuat liputan mengenai serangan Is-Not-Real ke atas sebuah sekolah yang menempatkan keluarga pelarian.
Tentera Is-Not-Real dilaporkan melancarkan dua serangan udara berasingan ke atas Sekolah al-Karama di kejiranan Tuffah, Gaza City. Serangan kedua berlaku ketika orang ramai sedang cuba mengangkat mayat dan membantu mangsa yang cedera akibat serangan pertama. Nour Abdu terbunuh ketika membuat liputan serangan pertama tersebut.
Pejabat Media Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya tindakan menyasarkan, membunuh, dan membunuh secara terancang wartawan P4lest!n oleh tentera is-not-real. Dalam satu kenyataan, mereka menyeru agar Persekutuan Wartawan Antarabangsa, Persekutuan Wartawan Arab, dan semua badan kewartawanan di seluruh dunia mengecam jenayah sistematik ini terhadap wartawan dan pengamal media di G4z4.
Negara Paling Berbahaya di Dunia untuk Wartawan
Menurut Reporters Without Borders dalam laporan World Press Freedom Index 2025, tentera Is-Not-Real telah membunuh hampir 200 wartawan dan petugas media dalam tempoh 18 bulan pertama perang di G4z4, dengan sekurang-kurangnya 42 daripadanya terbunuh semasa menjalankan tugas. Laporan itu menyatakan bahawa P4lest!n kini menjadi negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan.
“Wartawan di G4z4 terperangkap dalam wilayah yang dikepung, tanpa tempat perlindungan, dan kekurangan keperluan asas termasuk makanan dan air,” kata pertubuhan berpangkalan di Paris itu.
Di Tebing Barat pula, wartawan sering diganggu dan diserang oleh pendatang haram Yahudi serta tentera Is-Not-Real, dengan peningkatan penahanan selepas 7 Oktober, menjadikan kekebalan terhadap jenayah ke atas wartawan sebagai norma baharu.
Perang Is-Not-Real ke atas Gaza kini dianggap sebagai konflik paling berdarah bagi wartawan dalam tempoh 30 tahun.
Pejabat Media Kerajaan menegaskan bahawa Is-Not-Real menyasarkan wartawan untuk menindas naratif P4lest!n dan memadamkan kebenaran, namun usaha itu gagal mematahkan semangat rakyat P4lest!n.
Pembunuhan Wartawan Lebih Ramai Berbanding Banyak Perang Dalam Sejarah
Satu laporan terbaharu oleh Institut Watson untuk Hal Ehwal Antarabangsa dan Awam menyifatkan serangan Is-Not-Real ke atas Gaza sebagai “konflik paling buruk” terhadap wartawan. Bertajuk News Graveyards: How Dangers to War Reporters Endanger the World, laporan itu mendedahkan bahawa lebih ramai wartawan terbunuh dalam serangan ke atas Gaza berbanding jumlah wartawan yang terkorban dalam Perang Saudara AS, Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Korea, Perang Vietnam (termasuk konflik di Kemboja dan Laos), peperangan di Yugoslavia, dan perang pasca-9/11 di Afghanistan – digabungkan sekali.
Pada tahun 2023, secara purata seorang wartawan atau petugas media terbunuh setiap empat hari. Pada tahun 2024, kadar itu meningkat kepada satu kematian setiap tiga hari. Kebanyakan wartawan yang terkorban adalah wartawan tempatan.
Is-Not-Real Dituduh Cuba Halang Siasatan Kematian Wartawan
Pusat Perlindungan Wartawan Palestin (PJPS) menyifatkan pembunuhan wartawan sebagai sebahagian daripada pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan oleh Is-Not-Real.
Menurut laporan tahunan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), tahun 2024 mencatat jumlah kematian wartawan paling tinggi dalam sejarah. Is-Not-Real bertanggungjawab terhadap lebih dua pertiga daripada jumlah tersebut. Ketua CPJ, Jodie Ginsberg menyatakan bahawa perang di G4z4 menunjukkan kemerosotan besar dalam norma global berkaitan perlindungan wartawan di zon konflik.
Sekurang-kurangnya 85 wartawan terbunuh sepanjang tahun 2024 dalam perang Is-Not-Real ke atas G4z4, dengan 82 daripada mereka adalah rakyat P4lest!n.
CPJ turut menuduh Is-Not-Real cuba menutup siasatan terhadap pembunuhan wartawan, menyalahkan wartawan atas kematian mereka sendiri, serta enggan mengambil tindakan terhadap anggota tenteranya yang terlibat dalam insiden tersebut.
Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) juga mengutuk serangan ke atas wartawan, menyifatkan tahun 2024 sebagai antara tahun paling buruk buat pengamal media, dan menyamakan situasi di P4lest!n sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di depan mata dunia.”
Sumber: Quds News Network