Pasangan siswazah Usim, empat anak syahid dibom rejim Israel

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang merupakan siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama empat anaknya, syahid dalam serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, pada Ahad lalu.

Calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia, Mohammed J. H. Alzaanin, dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen merupakan pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM terkorban bersama lebih 20 ahli keluarganya yang lain, selepas perkampungan mereka di Bait Hanon dibom, kira-kira jam 8 pagi.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H M Mahariq.

“USIM melahirkan rasa dukacita atas pemergian dua siswazah dan lebih 20 ahli keluarga mangsa akibat serangan bom rejim zionis di Gaza, Palestin, pada pagi Ahad lalu.

“Salam takziah daripada seluruh warga USIM. Moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman,” menurut satu kenyataan USIM.

USIM turut memaklumkan hanya seorang anak pasangan siswazah itu dilaporkan selamat.

“Mohammed J. H. Alzaanin baharu sahaja selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai yang lalu manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini,” katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt, telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.–AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts