Banyaknya Konsert Sekarang – Kita Seronok, Tapi Apa Harga yang Kita Bayar?

Korang perasan tak sekarang ni macam tak putus-putus konsert dekat Malaysia? Setiap bulan mesti ada artis luar datang. Tiket ribu-ribu pun ramai sanggup bayar. Tapi kita pernah fikir tak… semua ni bawa kebaikan ke mudarat?

Seronok tu tak salah. Tapi bila hiburan jadi pusat hidup – itu tanda ada masalah.

Konsert bukan sekadar tempat nyanyi-nyanyi dan melompat. Ramai tak sedar:

  • Solat entah ke mana. Ada yang sanggup tinggal solat, delay Isyak sampai tengah malam. Ada juga yang masuk waktu pun buat tak tahu sebab takut terlepas lagu kegemaran.
  • Bercampur bebas. Laki perempuan berhimpit-himpit. Pegang sana sini. Bila gelap, tak tahu siapa dengan siapa. Syaitan pun tersenyum puas.
  • Pakaian tak senonoh. Ramai datang dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Nak ikut tema artis katanya. Tapi sebenarnya buka ruang kepada dosa mata dan hati.
  • Lagu penuh unsur maksiat. Lirik banyak yang seksis, lucah, hina wanita, atau bawa mesej menolak agama. Kita nyanyi ramai-ramai tanpa sedar, kita ulang-ulang benda yang merosakkan jiwa.
  • Buang duit. Tiket RM500 bukan murah. Tapi ramai sanggup gadai gaji, pinjam duit, ada yang guna duit biasiswa. Sedangkan ramai lagi yang tengah susah nak makan.

Allah dah bagi amaran:

“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya…”
(Surah Al-Kahfi: 28)

Apa kita dapat lepas konsert tu habis? Keletihan, suara serak, dosa tak terkira. Yang ada hanyalah kenangan palsu yang tak bawa kita ke mana. Diri kita tetap kosong. Jiwa tetap tak tenang.

Dan yang paling berat… kalau mati esok, konsert tu antara benda terakhir kita buat. Layakkah kita bertemu Allah dalam keadaan macam tu?

Kita hidup dalam dunia yang penuh fitnah. Hiburan hari ni bukan lagi sekadar “mengisi masa lapang” – ia dah jadi industri untuk melalaikan manusia. Kalau kita tak sedar dari sekarang, kita akan hanyut jauh, makin jauh dari hidayah.

Kalau kita anak muda yang ada prinsip, yang nak jaga iman – kita kena berani. Berani cakap “tidak” pada hiburan yang merosakkan. Cari alternatif yang baik. Dekatkan diri dengan majlis ilmu, nasyid yang mendidik, aktiviti bermanfaat.

Hiburan? Boleh. Tapi jangan sampai hilang maruah, hilang iman, hilang arah.

https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts