Denmark bakal kuatkuasa larangan media sosial untuk remaja bawah 15 tahun!

COPENHAGEN, 7 Okt – Denmark mengumumkan rancangan untuk melarang penggunaan media sosial bagi kanak-kanak berusia bawah 15 tahun.

Perdana Menteri Mette Frederiksen tidak memperincikan platform yang terlibat atau kaedah pelaksanaannya ketika mengumumkan inisiatif itu dalam ucapan pembukaan sesi Parlimen musim luruh negara tersebut.

Rang undang-undang berkenaan mengatakan bahawa ianya masih belum mempunyai garis masa pelaksanaan dan hanya akan memberi kebenaran kepada ibu bapa untuk membenarkan anak mereka menggunakan media sosial mulai usia 13 tahun.

“Telefon bimbit dan media sosial sedang merampas zaman kanak-kanak anak-anak kita,” kata Frederiksen sambil menegaskan bahawa 60 peratus remaja lelaki Denmark berusia 11 hingga 19 tahun kini lebih suka duduk di rumah berbanding meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Australia sebelum ini menjadi antara negara terawal yang memperkenalkan langkah bagi mengurangkan kesan negatif internet terhadap golongan muda. Pada akhir 2024, Parlimen Australia meluluskan larangan penggunaan media sosial untuk individu bawah 16 tahun, meskipun butiran mekanisme penguatkuasaannya masih belum jelas.

Platform seperti Facebook, Snapchat, TikTok dan YouTube termasuk dalam senarai yang terlibat di bawah larangan tersebut.

Sementara itu, pada Jun lalu, Greece mencadangkan penetapan “usia dewasa digital” di seluruh Kesatuan Eropah (EU), yang menetapkan bahawa kanak-kanak tidak boleh mengakses media sosial tanpa kebenaran ibu bapa.

Sumber: Astro Awani

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts