Indahnya Islam Indahnya Islam
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
Indahnya Islam Indahnya Islam
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
Indahnya Islam Indahnya Islam
The Latest
HMS melantik Khalil al-Hayya untuk mengantikan Y*hya Sinw*r
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
July 22, 2026
1 minute read
No comments
Adakah HMS menyerahkan pentadbiran Gza hari ini?
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
July 9, 2026
2 minute read
No comments
Sebelum Terlambat: Tanda-Tanda Anak Sedang Dibuli atau Membuli
  • Kekeluargaan
byadmin
July 7, 2026
3 minute read
No comments
Akta Antibuli 2026: Pendidikan akhlak bermula dari rumah
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
June 22, 2026
3 minute read
No comments
  • zakir naik
  • woldcup
  • wanita
  • uthmaniyyah
  • ustaz
  • umrah
  • turki
  • turkey
  • tinju
  • texas
  • Semasa

Berjalan kaki 9,000km dari Jawa ke Mekah

August 29, 2017
2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0

 

JEDDAH – Berbekalkan niat dan keazaman untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, seorang pemuda Indonesia berjaya sampai ke Mekah dengan hanya berjalan kaki sejauh 9,000 kilometer dalam tempoh tidak sampai setahun.

Saudi Gazette melaporkan, Mochammad Khamim Setiawan, 28, memulakan perjalanan dari daerah Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia pada 28 Ogos tahun lalu dan tiba ke Mekah pada akhir bulan Julai lalu, lebih awal daripada tarikh yang dijangka jemaah terbabit.

Pemuda yang mesra disapa dengan gelaran Aim itu hanya membawa sebuah beg galas, senaskhah al-Quran, beberapa helai baju, baju dalam dan seluar, sarung kaki, khemah dan beg tidur, telefon pintar, sistem pengesan global (GPS) serta wang tunai kira-kira tiga juta rupiah (RM955).

Pada awalnya, keluarga Mochammad Khamim meragui kemampuan pemuda itu berjalan kaki sejauh 9,000 kilometer malah dipaksa oleh abangnya supaya melupakan hasratnya tetapi larangan tersebut tidak mematahkan semangatnya.

“Apabila dia mahukan sesuatu, dia akan bertekad untuk me­lakukannya sendiri. Tidak ada perkara yang akan menghalang­nya. Dia adalah lelaki yang penuh keyakinan diri,” kata bapa Mochammad Khamim, Syaufani Solichin.

Menceritakan tentang perjalanannya, Mochammad Khamim berkata, dia memilih untuk berjalan kaki pada waktu malam dan mampu mencapai jarak sejauh 50 kilometer sehari jika sihat dan sebaliknya, dia hanya mampu berjalan sejauh 10 kilometer sehari jika kakinya sakit.

Katanya, dia akan berehat di masjid, bangunan awam dan rumah penduduk serta tidak pernah meminta sedekah daripada orang ramai tetapi kerap berjumpa insan baik hati yang memberikannya makanan halal selain berta­nyakan jalan ke Arab Saudi.

Jelas pemuda itu, dua kali dia jatuh sakit iaitu semasa berada di Malaysia dan India, bagi memudahkan urusan perjalanannya, dia akan berhenti pada setiap kedutaan Indonesia yang dila­luinya bagi urusan visa dan membuat panggilan.

“Saya berazam mengerjakan haji dengan hanya berjalan kaki bukan kerana kekurangan wang, tetapi saya percaya ia merupakan cara saya memperlihatkan ke­takwaan saya kepada Allah de­ngan mempelajari Islam daripada pelbagai ilmuwan Islam selain berjumpa pelbagai orang dengan pelbagai latar belakang bagi belajar budaya mereka dan mempromosikan to­leransi,” katanya.

Sementara itu, Mochammad Khamim merekodkan perjalanannya di setiap negara yang dilaluinya selain mengemas kini akaun media sosial miliknya bagi memaklumkan kedudukannya ke­pada ahli keluarganya.

Pada 27 Julai 2017, Mochammad Khamim akhirnya memuat naik gambar dia memakai pakai­an ihram dengan berlatar belakang Kaabah, lebih awal daripada tarikh jangkaan ketibaannya di tanah suci iaitu pada 30 Ogos, sehari sebelum Hari Wukuf. – Utusan

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Pin it 0
1 comment
  1. suzana says:
    August 30, 2017 at 7:00 pm

    Tahniah, suatu usaha, azam dn niat taqwa kpd Allah. Bkn senang utk sampai ke sana, semuanya perlukan wang yg bnyk.

    Reply
Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Indahnya Islam
Related Posts
Read More
1 minute read
  • Semasa

Hamas gesa Turki tentang kekejaman Israel

  ANKARA – PemimpinPergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa penggubal undang-undang Turki menentang kekejaman negara penjajah Israel, khususnya…
byadmin
March 22, 2021
No comments
Read More
1 minute read
  • Semasa

1,000 tabung solat Subuh diedar untuk bina bangunan baru masjid

Melaka: Bagi merealisasikan pembinaan bangunan masjid baharu bernilai RM2.5 juta, jawatankuasa Masjid As-Solehin Kampung Paya Rumput di sini,…
bynurdieyla
September 20, 2021
No comments
Read More
2 minute read
  • Semasa

Polis perlu siasat fitnah aktivis LGBT terhadap institusi Islam

  NUMAN Afifi yang mengaku secara terbuka bahawa beliau merupakan seorang gay dan juga aktivis LGBT sekali lagi…
byadmin
June 12, 2019
No comments
Read More
2 minute read
  • Semasa

Ummah #GrandReset: Perkasakan ekonomi umat Islam

SHAH ALAM – Kejadian yang menimpa umat Islam di Gaza merupakan satu tamparan bagi umat Islam keseluruhannya yang…
bynurdieyla
January 19, 2024
No comments
Indahnya Islam Indahnya Islam
⚡ oleh Rekasawang