Agihan zakat hanya untuk asnaf Islam: Mufti Selangor

 

SHAH ALAM – Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menegaskan bahawa pemberian zakat perlu diagihkan kepada umat Islam.

Menurutnya, ia selari dengan hadis yang mewajibkan zakat ke atas harta milik orang Muslim yang kaya untuk diagihkan kepada golongan fakir dan miskin beragama Islam.

Beliau berkata, apabila zakat itu diwajibkan kepada umat Islam, maka zakat juga hendaklah diagih hanya kepada asnaf zakat dalam kalangan orang Islam juga.

“Ganti nama dalam hadis terbabit jelas hanya ditujukan kepada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, pengagihan zakat kepada bukan Islam dibolehkan sekiranya ia menjadi penyebab individu terbabit menganut Islam.

 

 

“Contoh apabila zakat diberikan kepada seorang saudara baharu, tiba-tiba muncul ibu bapanya atau anak-anaknya yang belum Islam menarik minat mereka untuk menganut Islam, maka ia boleh diberikan kepada mereka (bukan Islam),” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan institusi zakat melakukan pembaharuan dengan memperluaskan bantuan kepada bukan Islam.

Anwar berkata, dalam konteks masyarakat berbilang bangsa di Malaysia, tidak sesuai hanya masyarakat Islam dibantu tetapi penganut agama lain dipinggirkan. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Anwar Ibrahim tak layak pun menasihati para mufti ataupun agamawan sebab beliau sendiri pun tidak arif tentang agama hanya bijak bermain politik dan mereka yg terlibat dlm parti pkr juga tidak sepatutnya mencampuri urusan ugama dengan politik. Cukup cukup lah dengan permainan politik mereka rakyat lebih bijak dari mereka jangan asyek bermain sandiwara dan mempermainkan org sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts
Read More

Sikap bermuka-muka

  1. Al-Imam al-Bukhari merekodkan perbualan beberapa orang lelaki yang bertanya kepada Saidina Abdullah bin Umar tentang sikap…