Ahli politik Islam lebih takut kepada golongan kafir: Dr Zakir Naik

 

KOTA BHARU – Umat Islam di seluruh dunia berpecah kepada beberapa kumpulan adalah disebabkan oleh ahli politiknya yang tidak berpegang kepada ‘tali’ Allah iaitu al-Quran dan Sunnah.

Pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik berkata, malah keadaan itu berlaku disebabkan ahli politik Islam lebih takut kepada golongan kafir daripada Allah.

Beliau berkata, daripada pemerhatiannya, tidak ada sebuah negara Islam pun di dunia yang benar-benar mengikut perintah Allah dan ajaran Rasululallah.

“Apa yang berlaku (perselisihan dalam kalangan umat Islam) ialah disebabkan politik, ada beberapa kumpulan politik dan jika kita pergi jauh ke dalam, kita akan dapati mereka jauh daripada Islam.

“Malangnya saya tidak tahu negara islam manakah yang benar-benar mengikut Allah dan Rasul sepenuhnya, saya minta maaf saya terpaksa katakan ini. Kita lebih takut kafir daripada Allah, kita lebih suka berjabat tangan dengan kafir.

“Mereka (ahli politik) tidak tahu kebahagian sebenar, mereka hanya mengejar kebahagian palsu dan sementara. Jika, ahli politik membaca al-Quran dan patuh perintah Allah dan Rasul dunia ini akan lebih indah. Mereka lebih takut kehilangan kerusi di dunia sedangkan mereka telah kehilangan ‘kerusi’ di syurga,” katanya.

 

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta pada Perbincangan Ilmiah sempena Jelajah Zakir Naik 2019 di sini malam tadi. Turut serta menjadi panel program tersebut ialah anaknya, Fariq.

Zakir berkata, umat Islam harus kembali kepada al-Quran dan Sunnah sekiranya timbul perbezaan atau perselisihan bagi mengelakkan perpecahan yang lebih teruk.

“Penyelesaian yang terbaik ialah al-Quran. Di dalam Islam tidak ada kelompok-kelompok, semuanya sama. Al-Quran jelas menyatakan siapa yang berpegang kepada ‘tali’ Allah tidak akan berpecah.

“Tetapi politik hari ini lebih mendengar parti daripada Allah. Kita mengikut presiden (parti) daripada Allah. Sedangkan dalam politik Islam hanya ada satu parti iaitu Allah dan Nabi Muhammad SAW serta Khalifah ar-Rasyidin adalah contoh yang terbaik,” katanya. – Utusan Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
6 comments
  1. Inilah senario zaman sekarang lebih takut pada golongan orang-orang kafir dari Allah SWT. Jangan taksub pada mana-mana parti tapi hendaklah taksub pada Allah SWT dan Rasulullah Sallallah Alaihi Nauzubillahimzalik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts