Aman Palestin kesal kehadiran diplomat Israel ke Malaysia

 

SHAH ALAM – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempersoalkan kemasukan beberapa diplomat Israel ke negara ini pada persidangan World Urban Forum (WUF) yang berlangsung dari 7 Februari dan berakhir kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, kerajaan sepatutnya menolak sebarang hubungan dengan Israel dalam apa jua tujuan kerana antara Malaysia dan Israel sememangnya tiada hubungan diplomatik.

“Bagaimana kerajaan Malaysia boleh terima rombongan tersebut pada saat rakyat Malaysia sensitif dengan apa yang dilakukan Israel ke atas Palestin.

“Sepatutnya, mereka datang secara rombongan ke atau wakil ke, tidak patut benarkan, baru betul-betul menunjukkan pendirian kita teguh menolak hubungan dengan Israel,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Al-I’tisam Relief Program, Mohd Shah Sapiei pula menyifatkan tindakan membenarkan delegasi Israel masuk ke negara ini amat mendukacitakan dan tidak bertanggungjawab.

“Apa yang dilakukan Israel terhadap Palestin adalah zalim, datang pula ke Malaysia, kita terima, Allahu Akbar, kenapa benda itu boleh berlaku? Kenapa tiada apa-apa tindakan daripada pihak berwajib,” katanya.

Katanya, perkara seperti ini langsung tidak dipandang sensitif sedangkan semua pihak maklum dengan pendirian kerajaan terhadap Israel, lebih-lebih lagi menggunakan pasport diplomatik Israel, dan mengadakan pula pertemuan dengan pegawai Malaysia.

“Amat mendukacitakan dengan membenarkan mereka masuk Malaysia atas apa alasan sekalipun, itu seolah-olah kita mengiktiraf apa yang dilakukan Israel ke atas Palestin,” katanya.

Difahamkan WUF dihadiri wakil dari 185 buah negara, dan dianjurkan Program Penempatan Manusia PBB atau UN-Habitat.

Selaku tuan rumah, Malaysia disyaratkan meluluskan visa kepada semua perwakilan. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts