Rakyat Malaysia terus bangkit nyata solidariti, perjuang nasib Palestin

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia terus bangkit menyatakan solidariti di seluruh negara hari ini, selari pendirian negara yang lantang dan konsisten memperjuang nasib rakyat di bumi bergolak Palestin sekali gus mengecam kekejaman rejim Zionis.

Di MELAKA, lebih 5,000 masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa hadir menyertai Mega Road Tour Himpunan 1,000,000 Pembela Palestin di pekarangan Stadium Hang Jebat, Krubong di sini.

Laungan “Hidup Palestin”, “Merdeka Palestin” dan “Hancur Zionis” bergema di pekarangan stadium itu bagi membantah serangan tanpa peri kemanusiaan yang meragut ribuan nyawa di kawasan bergolak itu.

Hadirin yang rata-ratanya berpakaian berwarna putih tiba seawal jam 7 pagi dengan mengenakan mafla dan mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat negara yang ditindas rejim Zionis itu.

Himpunan berkenaan turut disertai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang tiba kira-kira jam 9.30 pagi bersama kepimpinan kerajaan negeri bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Ab Rauf ketika ditemui pemberita berkata, kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpunan solidariti bagi menyatakan sokongan kepada Palestin dan mengutuk kekejaman rejim Zionis.

“Kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana NGO untuk menganjurkan (perhimpunan bagi menyatakan) rasa simpati tetapi mestilah mengikut peraturan yang digariskan kerajaan.

“Saya mengalu-alukan seluruh rakyat Melaka bersama-sama pimpinan bahawa suara untuk rakyat Palestin ini mesti disuarakan sebanyak mungkin di seluruh negeri,” katanya.

Seorang peserta perhimpunan, Muhammad Adam, 38, yang berasal dari Yangon, Myanmar berkata, beliau tiba pada 7 pagi tadi bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

“Ramai yang meninggal dunia dalam peperangan yang berlaku di Palestin. Saya rasa kasihan melihat mereka dan hadir pada hari ini untuk menunjukkan sokongan,” katanya yang tinggal di Melaka sejak 14 tahun lepas dan fasih berbahasa Melayu.- SINAR HARIAN

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts