Aman Palestin lancar ‘Solidariti Gagalkan Deal of The Century’

 

BANGI – Aman Palestin Berhad mengecam sekeras-kerasnya polisi terbaharu negara pembuli, Amerika Syarikat (AS) yang mewakili Zionis Yahudi menerusi pelan damai Deal of The Century.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Awang Suffian Awang Piut menyifatkan tindakan AS dan negara haram Israel yang ingin memiliki masa hadapan Palestin iaitu Masjid al-Aqsa adalah hanya satu pelan damai satu hala.

“Ianya cuma memihak kepada AS dan tentera Israel tanpa ada apa-apa perbincangan dengan wakil Palestin.

“Dalam konteks geopolitik serantau, Aman Palestin menyelar pelan polisi itu kerana sifatnya yang sangat bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat, kerana Trump (Presiden AS, Donald Trump) jelas menyokong tindakan rejim Israel menjajah secara menyeluruh wilayah milik orang Islam.

“Malah, Trump juga bersetuju menyatakan sokongan terhadap pendudukan Israel secara haram ke atas Bukit Golan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Terdahulu, Trump memperkenalkan Pelan Damai Timur Tengah (Deal of The Century) untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Bagaimanapun, pelan itu ditolak dan pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas bertindak memutuskan hubungan dengan AS dan Israel, setelah menyatakan beliau tidak mahu namanya diingati dalam sejarah kerana mengkhianati Palestin.

Arab Saudi pula mengalu-alukan inisiatif berkenaan, dengan mengatakan: “Kerajaan menghargai usaha yang dibuat oleh pentadbiran presiden Trump untuk membangunkan rancangan perdamaian Palestin-Israel yang komprehensif”.

 

 

Bagi membantu Palestin, Tuan Awang menyeru seluruh umat Islam untuk bersama-sama menjayakan kempen #Solidariti Gagalkan The Deal of The Century, yang dilancarkan hari ini bagi membantu saudara seagama.

Kempen itu menyasarkan RM14.2 juta bagi meringankan beban dan tanggungan yang dihadapi rakyat bumi Anbia itu, demi mempertahankan kedaulatan tanah air dan wakaf umat Islam di sana.

“Kita perlu terjemahkan usaha menuntut kesaksamaan sejagat dalam bentuk kempen bersama-sama Aman Palestin, di mana melalui kempen ini, pembabitan seluruh umat Islam akan digerakkan bersama jentera Aman Palestin demi penyaluran bantuan kepada rakyat Palestin

“Besarlah harapan Aman Palestin supaya seluruh masyarakat dapat menjayakan kempen dan usaha kerana ia amat penting bagi memandirikan mangsa keganasan,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp/telegram:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts