Jangan mudah mengingkari, dan jangan pula disebarkan

Isu perbahasan tinggi sufi (gharaaib) : Jangan mudah mengingkari, dan jangan pula disebarkan

Jangan mudah nafi perkara yang kita tak faham, dikhuatiri kita takkan faham kerana ego itu menutup pintu kefahaman.

Jika tak faham, tanya dulu, jangan ingkari.

Kalau dah diberi penjelasan pun belum boleh faham atau belum boleh terima, simpan dulu dan jangan terlalu awal mengingkarinya, jika ia datang daripada seseorang yang dikenali sebagai alim, warak dan soleh.

Nak memahami formula-formula fizik yang canggih-canggih pun huraiannya panjang berjela-jela, apatah lagi nak memahami rahsia-rahsia dalam ayat Al-Quran.

Jadi untuk hidangan di media sosial, cukuplah dihidangkan formula ringkas-ringkas sahaja, bersesuaianlah dengan mediumnya. Jika rahsia yang tinggi itu dibentangkan di media sosial yang tak semenggah ini, kita seolah menzalimi nilai sesebuah formula rahsia itu.

Apatah lagi nak dibawa kepada perdebatan yang ditonton oleh segenap lapisan manusia.

Saya teringat pesanan Asy-Syatibi (meninggal 790H) dalam mukaddimah kitabnya Al-Muwafaqat yang dijadikan kitab rujukan utama dalam perbahasan Maqasid Syariah (roh dan tujuan Syarak) :

“Tidak dibenarkan untuk menelaah kitab ini (samada dengan bertujuan mengambil faedah daripadanya) melainkan seseorang yang telah ‘kenyang’ (rayyaan) daripada ilmu Syarak, secara usul dan furukm secara akal dan naqal, tidak pula mengikuti hawa nafsu dan tidak pula taassub kepada mazhab.

Ini kerana menelaah kitab ini (yang merupakan kitab bertahap tinggi), bagi yang bukan orangnya, dikhuatiri isi kandungan kitab ini akan bertukar menjadi fitnah kepadanya dengan pembacaannya, walaupun hakikatnya (kitab ini) adalah hikmah (kebijaksanaan)” – Al-Muwafaqat, jilid 1, hal. 93.

Demikianlah juga perihalnya perbahasan-perbahasan tinggi, memerlukan ahlinya yang memahami bahasanya, menjiwai pemikirannya dan menyamai laras perspektifnya, untuk memahaminya pada kefahaman yang sepatutnya.

Jika tidak diraikan keadaan-keadaan itu, maka walau tinggi mana sekalipun formula itu, tetap akan dibakulsampahkan oleh orang yang tidak memahaminya atau tidak mengetahuinya.

Benarlah peribahasa orang Melayu : Hanya jauhari mengenal manikam.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts