Bagaimana mendapat syafaat di akhirat?

 

1. SELAIN daripada syafaat yang akan dikurniakan oleh Rasulullah buat umatnya yang terpilih, terdapat beberapa amalan (seperti yang dinyatakan di dalam hadis Rasulullah) berupaya mengurniakan syafaat buat seseorang.

2. Antaranya seperti amalan membaca al-Quran dan berpuasa. Berdasarkan hadis yang sahih, kedua amalan ini berupaya memberikan syafaat yang akan mempertahankan buat mereka yang mengamalkannya.

3. Malah, dalam sebuah hadis yang khusus, Surah al-Baqarah dan Surah Ali Imran dikatakan akan hadir pada hari kiamat mengiringi mereka yang mengamalkannya.

اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ، وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ، فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا

“Bacalah Surah al-Baqarah dan Surah Ali Imran. Sesungguhnya kedua surah ini akan hadir pada hari kiamat seperti awan (yang melindungi). Kedua surah ini akan berhujah buat mereka yang membacanya.” (HR Muslim)

4. Dengan itu setiap kita seharusnya berusaha menjadikan amalan membaca al-Quran dan berpuasa ini sebagai amalan khusus sebagai bekalan peribadi buat diri kita di akhirat kelak.

5. Selain itu, penghayatan dan pengucapan syahadah yang sempurna turut berupaya menjemput syafaat. Syahadah yang diucapkan haruslah disertaikan dengan penghayatan dan tindakan yang menyucikan Allah dari segala kesyirikan. Lazimi dan jadikanlah syahadah sebagai zikir harian kita.

6. Dan mereka yang dikurniakan kelebihan disolatkan oleh ramai manusia ketika dia meninggal turut berpeluang mendapat syafaat. Rasulullah menjelaskan bahawa seseorang yang disolatkan jenazahnya lebih 40 lelaki, maka Allah berhak untuk mengurniakan buat dirinya syafaat.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts