Mufti Wilayah gesa kematian Muhammad Adib diselesai secara adil

 

KUALA LUMPUR – Kes kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim perlu diselesaikan secara adil dan segera oleh pihak berwajib.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau turut berharap kematian Muhammad Adib bukan pengakhiran tragedi tersebut.

“Hari ini adalah hari berduka bagi seluruh rakyat Malaysia. Kami menuntut supaya tragedi ini tidak tamat di sini sahaja. Ia patut diselesaikan secepat mungkin oleh pihak berwajib dengan seadil-adilnya,” katanya dalam status dimuat naik dalam akaun Facebook Mufti Wilayah Persekutuan, malam tadi.

Beliau sebelum itu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mengakui ia saat yang berat untuk ditanggung.

“Saya berdoa supaya keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan. Kepada warga bomba, saya bersimpati atas beberapa musibah yang menimpa sebelum ini, termasuklah pemergian Muhammad Adib.

“Semoga almarhum diampun dosanya dan diberi ganjaran yang sewajarnya oleh ALLAH SWT atas sumbangannya menjalankan tugas demi keamanan negara sehingga terkorban nyawa,”katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts