Bayaran haji kekal RM9,980 walaupun Arab Saudi laksana VAT

 

BANGI – Pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus yang diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini tidak memberi impak secara langsung kepada Jemaah Haji Muassasah kali pertama.

Ini kerana, bayaran haji masih kekal sebanyak RM9,980.00, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah.

Beliau berkata, TH telah sedia maklum dan telah mengambil kira faktor cukai nilai tambah tersebut dalam pengiraan kos operasi musim haji 1439H/2018M.

Bagaimanapun, Johan berkata, keseluruhan subsidi haji yang akan ditanggung oleh TH dijangka meningkat kepada RM400 juta seperti yang telah diumumkan TH bulan lalu.

“Dalam mendokong aspirasi Kerajaan untuk menjaga kebajikan Jemaah Haji Malaysia agar dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa, TH sejak tahun 2009, telah menanggung lebih daripada RM1 billion subsidi haji,” katanya.

VAT diperkenalkan di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat kali pertama pada bermula 1 Januari lalu, dengan lima peratus dikenakan terhadap kebanyakan barangan dan perkhidmatan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts