Bantu kanak-kanak kematian ibu bapa korban COVID-19

KUANTAN: Kerajaan negeri akan membantu 75 kanak-kanak yang ibu bapa meninggal dunia akibat COVID-19, dalam usaha memastikan kebajikan mereka terbela.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata setakat ini, Yayasan Pahang (YP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan diminta membantu kanak-kanak berkenaan.

Katanya, bantuan yang akan disalurkan YP ialah berkaitan biasiswa sekolah rendah dan menengah manakala JKM pula lebih kepada bantuan bulanan.

“Ia diharap dapat membantu kanak-kanak ini kerana di kalangan mereka tinggal bersama ibu saudara, nenek dan ibu angkat.

“Kerajaan negeri bersetuju bahawa YP dan JKM mengambil tanggungjawab untuk membantu anak yatim piatu ini,” katanya pada sidang media selepas meninjau operasi Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuantan Barat, di sini, hari ini.

Mengulas operasi PAID Kuantan Barat yang mula beroperasi hari ini, beliau berkata, ia adalah inisiatif Pemangku Raja Pahang,Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Katanya, baginda berasa pentadbiran agama Islam di daerah Kuantan perlu diperluaskan memandangkan jumlah penduduk yang semakin ramai.

“Oleh itu, Kuantan kini memiliki dua pentadbiran agama iaitu PAID Kuantan dan PAID Kuantan Barat bagi memudahkan urusan keagamaan,.

“PAID Kuantan Barat yang beroperasi hari ini dan skop perkhidmatan kepada pengurusan nikah, cerai dan rujuk serta pengurusan masjid, surau dan tanah perkuburan meliputi Mukim Kuala Kuantan 2 dari Masjid Tanah Butih Baru, Mukim Hulu Kuantan dan Mukim Hulu Lepar.

“Selain itu, pengurusan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, guru Al-Quran Asrama serta penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts