Permohonan tukar, keluar Islam sentiasa berlaku: PGSM

 

KUALA LUMPUR – Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak perlu segera menggubal Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam kerana permohonan menukar dan keluar daripada agama Islam sentiasa berlaku hingga hari ini.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, keadaan itu berlaku kerana dipercayai terdapat kelompongan dalam sistem perundangan di empat negeri tersebut yang mendedahkan orang Islam dengan aktiviti penyebaran agama lain secara terbuka.

Katanya, persoalan mengenai status permohonan tersebut tidak sepatutnya timbul kerana ia di bawah bidang kuasa mahkamah tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan negeri dan Pusat dalam usaha memelihara kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan perlu direalisasikan.

“Saya tidak faham kenapa empat ne­geri ini masih tidak menggubal enakmen tersebut, jika susah mereka boleh melihat sampel daripada negeri-negeri lain yang telah menguatkuasakan undang-undang tersebut lebih 30 tahun lalu.

“Enakmen ini bukan undang-undang syariah kerana ia bukan di bawah bidang kuasa jabatan agama Islam negeri, sebaliknya ia akan dibicarakan di mahkamah sivil maka terpakai kepada orang bukan Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengakui terdapat aktiviti pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini. – Utusan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts