Ertuğrul: Kapal laut pertama menghubungkan Jepun dengan dunia Islam

etrugul

 

Keagungan dan kedaulatan kerajaan Turki Uthmaniah telah menyaksikan bagaimana ‘Ertuğrul’ telah berlayar membawa orang-orang Islam ke Jepun seawal dari tahun 1890 lagi.

Percaya atau tidak, kedatangan orang Islam ke Jepun ini merupakan hubungan diplomatik pertama antara orang Islam, yang telah diwakili oleh kerajaan Turki Uthmaniah dengan Jepun.

Memandangkan kerajaan Turki Uthmaniah dan Jepun merupakan salah satu daripada negara-negara yang merdeka dan berdaulat di rantau Asia, kedua-dua kerajaan ini telah memutuskan untuk mewujudkan hubungan dua hala, dengan saling melakukan kunjungan rasmi antara kedua negara. Pada Julai 1889, Sultan Abdul Hamid II telah mengutuskan Ertuğrul ke Jepun dan telah selamat melabuh di Yokohama pada Jun 1890.

Lawatan ini telah berjaya mencapai objektifnya apabila laksamana kerajaan Turki Uthmaniah telah menghadiahkan beberapa cenderahati dan pingat yang berprestij kepada Maharaja Meiji.

Selepas 3 bulan, nasib malang telah menimpa Ertuğrul apabila kapal itu telah dilanda taufan ketika memulakan pelayaran balik dari Yokohama ke Turki. Kapal itu terkampar di batuan Pulau Kii Ōshima, Kushimoto dalam wilayah Wakayama. Seramai 500 orang telah terkorban dalam kejadian itu.

Apa yang menarik adalah bagaimana penduduk di pulau tersebut telah memberanikan diri menempuh taufan tersebut untuk menyelamatkan 69 anak kapal Ertugral. Berita mengenai kejadian itu telah sampai kepada kerajaan Turki Uthmaniah  dan sekaligus mengukuhkan lagi hubungan antara kerajaan Turki Uthmaniah dan juga Jepun.

 

Ertuğrul sedang berlabuh di Konstatinapal, Turki. 
Ertuğrul sedang berlabuh di Konstatinapal, Turki.

 

Ertuğrul telah dititahkan pembinaannya pada tahun 1854 oleh Sultan Abdülâziz, khalifah kerajaan Turki Uthmaniah   pada ketika itu, dan telah dirasmikan pada 19 October 1863. Nama Ertuğrul diambil bersempena nama Ertuğrul Gazi (1198–1281), ayahanda kepada Sultan Osman I, yang juga merupakan pengasas kerajaan Turki Uthmaniah. Ertuğrul merupakan kapal yang mempunyai 3 tiang utama, 79 meter panjang dan 15.5 meter lebar mempunyai badan kapal sebesar 8 meter. Kapal ini telah berlayar ke England pada tahu 1864 dan dimuatkan dengan sebuah enjin berkuasa stim beserta lampu elektrik. (Wikipedia)

 

Laksamana Ali Osman Pasha dan anak-anak kapal Ertuğrul.
Laksamana Ali Osman Pasha dan anak-anak kapal Ertuğrul.

 

Perairan Wakayama yang berbatu di mana Ertuğrul telah terdampar dan karam di situ.
Perairan Wakayama yang berbatu di mana Ertuğrul telah terdampar dan karam di situ.

 

Sebagai memperingati peristiswa yang berlaku, sebuah muzium dan monumen telah dibina khas untuk memperingati mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi kapal Ertuğrul dimana kapal itu telah karam dilanda taufan pada 1890 di Kushimoto, Wakayama.

 

Muzium dan Memorial Turki Kushimoto.
Muzium dan Memorial Turki Kushimoto.

 

Monumen Ertuğrul yang telah dibina di wilayah Wakayama.
Monumen Ertuğrul yang telah dibina di wilayah Wakayama.

 

Model kapal Ertuğrul yang boleh didapati di muzium tersebut.
Model kapal Ertuğrul yang boleh didapati di muzium tersebut.

 

 Pada Oktober 1890, mangsa-mangsa yang terselamat daripada insiden itu telah meninggalkan Tokyo untuk pulang ke Konstatinapol dengan menaiki kapal Hiei dan Kongō milik Jepun. Mereka selamat tiba pada Januari 1891. Ketibaan mereka telah disambut dengan meriah sebagai tanda penghargaan kepada Jepun.

 

Hiei dan Kongō berlabuh di Konstatinapol, Turki.
Hiei dan Kongō berlabuh di Konstatinapol, Turki.

 

Wakil kerajaan Turki Uthmaniah di Jepun, dua dari kiri, Osman Pasha dan Ali Pasha bersama  Putera Jepun pada 1891. Sumber: Besim Tebuk
Wakil kerajaan Turki Uthmaniah di Jepun, dua dari kiri, Osman Pasha dan Ali Pasha bersama  Putera Jepun pada 1891. Sumber: Besim Tebuk

Terjemahan oleh: Ahmad Adli Adnan
Sumber: http://www.islaminjapanmedia.org/japans-first-contact-with-islam/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts