Ammar Tabyeh, penyelamat kanak-kanak Syria yang ‘viral’ di media sosial

61471682814_AmmarTabyeh

 

Kisah kanak-kanak Aleppo, Syria Omran Daqneesh terus mendapat perhatian dunia.

Terkini, media antarabangsa mendedahkan identiti jururawat yang berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu.

Lelaki itu dikenali sebagai Ammar Tabyeh, seorang ahli paramedik dari pasukan The White Helmets, iaitu sebuah Unit Pertahanan Syria.

Menurut laman web mereka, kumpulan ini mempunyai 3,000 sukarelawan yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan mengukuhkan masyarakat di Syria.

BACA: Wajah kanak-kanak Aleppo ini peringatan jelas ngeri perang di Syria

“Kami akan bergegas ke tempat kejadian serangan untuk menyelamatkan sejumlah nyawa yang besar dalam masa yang singkat,” kata kumpulan itu di laman webnya.

Sementara itu, Ammar Tabyeh turut berkongsi pengalamannya ketika menyelamatkan Omran.

“Omran kelihatan terkejut ketika saya menarik beliau keluar. Saya amat bersyukur dan menarik beliau.“

“Namun saya sedih kerana dia hanya seorang kanak-kanak. Apa yang beliau sudah lakukan untuk melalui situasi seperti ini,” katanya, dipetik dari video AJ+.

41471680437_freesize

Kanak-kanak itu berjaya disatukan semula dengan ibu bapanya pada Jumaat.

Sebuah video yang memaparkan wajah suram Omran yang mengalami kecederaan dan keseorangan diri di atas kerusi dalam sebuah ambulans selepas dia diselamatkan, mendapat perhatian dunia pada Khamis.

Lebih menyedihkan, walaupun Omran sedar dahinya mengalami pendarahan, dia tidak menangis malah hanya duduk dalam keadaan diam sambil menunggu mangsa lain untuk dibawa ke hospital.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/ammar-tabyeh-penyelamat-kanak-kanak-syria-yang-viral-di-media-sosial-114600

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Kaifiat solat sunat gerhana bulan

  SOLAT SUNAT GERHANA BULAN  Lafaz niat: أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى  “Sahaja aku solat sunat gerhana…