Anak Melayu memakai tanjak ketika viva di Universiti Oxford

 

PENUNTUT Malaysia yang menyambung pengajian di Universiti Oxford ini telah melakukan sesuatu yang amat mengagumkan serta mencuri tumpuan apabila tampil dengan cara tersendiri dengan menggayakan tanjak.

Graduan Universiti Oxford, bidang Doktor Falsafah (DPhil) di Pusat Latihan Kedoktoran dalam Inovasi Kesihatan, Dr Khair Razlan Othman, 38, yang merupakan suami dan bapa kepada empat orang cahaya mata ini telah menarik perhatian ramai dengan mengenakan ‘tanjak’ semasa sesi pembentangan viva di Universiti Oxford.

 

Image may contain: 1 person, sky and outdoor

 

Amat jarang sekali, bahkan mungkin tidak kelihatan pemuda generasi kini yang masih meminati gaya bertanjak apatah lagi untuk mengenakan tanjak semasa pembentangan viva di universiti terkemuka di dunia itu. Tetapi, bagi Dr Khair Razlan, ini adalah sesuatu yang harus dipertontonkan ke mata dunia.

“Tanjak, antara satu busana tradisi dan identiti orang Melayu lama harus diperkenalkan pada generasi baru yang semakin jauh dari akar budaya,” katanya.

Dr Khair yang menjawat jawatan Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Eropah sepanjang tempoh pengajiannya berpendapat, ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang mampu membawa umat memahami rahsia kehidupan. Baru-baru ini, ISMA melancarkan satu slogan bertemakan “Menebus Kedaulatan, Menjulang Peradaban” bertempat di Hotel Everly Putrajaya.

 

Image may contain: 1 person, standing

 

“Saya antara perwakilan yang hadir mendengar ucaptama Tuan Amir ISMA, al-Fadhil Ustadz Abdullah Zaik. Kebetulan saya sempat memesan beberapa buah tanjak untuk saya dan teman-teman pakai sepanjang mesyuarat berlangsung bagi menambahkan penghayatan terhadap slogan yang diketengahkan. Justeru, minda saya tidak berhenti memikirkan inisiatif baru yang membolehkan saya untuk mendapatkan pahala yang berterusan dek manusia yang menghayati mesej positif disampaikan.

“Peradaban dan tamadun hebat bangsa Melayu suatu tika dahulu harus dipertonton semula buat tauladan anak bangsa. Maka saya katakan pada diri saya, ‘tanjak’. Saya kemaskan tanjak pilihan untuk dibawa bersama sepanjang sesi viva dengan doa agar dapatlah kelak saya rakam kenangan indah tanda bahawa saya telahpun berjaya lulus dalam satu ‘pertempuran’ yang sengit kelak,” ujarnya bersemangat.

Menurut Dr Khair, pemeriksa viva begitu teruja apabila beliau mengenakan tanjak selepas 4 jam ‘bertarung’ membentangkan viva dengan tesis yang bertajuk ‘Learning Sonographic Views using Multiple Proposal Approach’.

 

Bersama panel pemeriksa tesis, Prof Vicente Grau (kanan) dan Prof Xujion Ye (kiri) sejurus menerima berita gembira. 4 jam lamanya bertarung mempertahan teesis yang ditulis demi mengangkat sebuah peradaban ulung.

 

“Pemeriksa turut memuji bila saya meminta izin untuk memakai pakaian pahlawan orang melayu. Kata pemeriksa, pemakaian tanjak ini sangat sesuai dan padan dengan sub-fucs (sejenis pakaian rasmi kelihatan seperti jubah konvo yang terlihat dalam filem Harry Potter) yang merupakan pakaian tradisi yang wajib dikenakan bagi menghadapai sebarang peperiksaan di Universiti Oxford. Di samping itu, penyelia saya juga turut teruja dan meminta untuk menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang tanjak yang dipakai,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau kerap berkunjung ke universiti-universiti di sekitar United Kingdom, Ireland dan negara Eropah yang lain untuk memberikan ceramah tentang kesedaran jati diri menjadi pelajar Muslim yang cemerlang

Ungkapan ‘Mencetak Kehidupan’ menjadi motto kehidupan dan pembakar semangat yang dipegang oleh Dr Khair berteraskan pesan Baginda Rasulullah SAW, “Barangsiapa memulakan sesuatu perkara yang baik, dan diikuti akannya orang yang lain, maka dia akan memperoleh pahala orang yang mengikutnya tanpa mengurangkan sedikit pun pahalanya.”

“Sebagai aktivis ISMA, selain aktiviti halaqah Quran mingguan, saya dan rakan-rakan turut menganjurkan perkhemahan musim sejuk, siri jelajah Palestin dan kursus jati diri semasa musim bunga dan juga perkhemahan musim panas bagi mengajak pelajar Muslim memanfaatkan cuti semester,” katanya.
Dr Khair turut tidak menyangka bahawa penularan berita beliau memakai tanjak sewaktu pembentangan viva tersebut telah mendapat perhatian luar biasa daripada wargamaya.

“Saya telah menerima begitu banyak permintaan kenalan baru dan mendapat sokongan serta doa yang bertali arus. Ramai yang turut berkongsi rasa gembira dan bangga dengan pemakaian tradisi di sebalik pencapaian akademik saya kecapi ini,” tambahnya.

Secara atas kertasnya, kursus pengajian Dr Khair mendapat tajaan penuh bagi tempoh 4 tahun. Selain tajaan Yayasan Telekom Malaysia (YTM), beliau turut dianugerahkan biasiswa dari Centre for Islamic Studies (OXCIS), Universiti Oxford.

Kursus Pusat Latihan Kedoktoran (Centre for Doctoral Training) yang merupakan satu inisiatif baru ketika itu (2010) menampilkan sedikit kelainan yang mana calon perlu melalui kursus pelbagai bidang pada tahun pertama dengan mini tesis sepanjang 3 bulan terakhir, bagi membantu para pelajar memilih kecenderungan tajuk penulisan tesis bagi 3 tahun berikutnya seperti kebiasaan pelajar PhD.

Pun begitu, perjalanan magika Dr Khair untuk segulung Ijazah Kedoktoran ini memakan masa 9 tahun atas pelbagai cabaran sepanjang pengajian.

“9 tahun merupakan satu tempoh yang sangat lama. Sekiranya saya ceritakan kisah sebenar, pasti ramai yang tidak akan percaya bagaimana saya boleh lulus!”

“Antara yang boleh saya kongsikan, satu cakera keras (hard disk) yang mengandungi data dan maklumat terkini saya telah terpadam sekelip mata oleh rakan ketika tahun kedua pengajian. Ketika itu, lancar dari lidah saya, tak apa, eksperimen boleh buat balik.. tapi kalau bahagian yang terpadam tu bahagian memori gambar bersama keluarga, memang tak dapat nak tangkap kenangan sebegitu semula,” ujarnya tersenyum mengenangkan peristiwa pahit manis kehidupan.

Menurutnya, beliau begitu teruja untuk mengeluarkan sebuah buku mengenai kisah ‘magis’ yang dihadapi mengenai hidupnya. Mari sama-sama kita nantikan. – kampusuols.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Pendakwah ke pintu neraka

  1. DALAM sebuah hadis, Rasulullah pernah membayangkan tentang kemunculan golongan pendakwah yang menyeru manusia ke pintu neraka.…