Ancaman ateisme makin rancak pengaruh umat Islam: Khutbah Jumaat

 

BANGI – Umat Islam diingatkan supaya berwaspada dengan ancaman pemikiran dan fahaman songsang khususnya ateisme, yang kian rancak memasuki negara dan menular dalam kalangan masyarakat hari ini.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa umat Islam supaya bersatu mempertahankan agama dan memantapkan ilmu akidah bagi menghindarkan diri daripada pengaruh fahaman sesat.

Jakim menerusi teks khutbah Jumaat berkata, golongan ateis sangat mudah mempengaruhi pemikiran umat Islam yang lalai dengan ajaran agama.

Menyelusuri sejarah ateisme atau mulhid, khutbah berkata, fahaman dan aliran pemikiran yang menafikan kewujudan tuhan atas asas ingin bebas daripada ikatan agama telah berkembang sejak abad ke-19 lagi.

Menurut perspektif Islam, golongan ini hanya berpegang kepada prinsip logik dalam membuktikan sesuatu perkara termasuk kewujudan Allah SWT.

“Mereka berpendirian bahawa semua kepercayaan beragama yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah tidak benar.

“Dengan segala bentuk persoalan logik ini, tanpa jati diri dan pegangan iman yang kukuh, maka sangat dibimbangi seseorang muslim akan mudah menyokong fahaman ini yang dilihat begitu terbuka dan longgar daripada pedoman agama,” kata khutbah.

Jakim berkata, fahaman itu memberikan akal manusia bebas untuk mengkaji sesuatu di luar kemampuan akal tanpa perlu berpandukan kepada petunjuk wahyu Ilahi.

“Mereka percaya adanya agama tetapi mereka tidak percaya adanya Tuhan. Kepercayaan seperti ini adalah sifat kufur yang sangat besar dosanya di sisi Allah SWT,” katanya.

Menurut khutbah, penularan fahaman ateis semakin membimbangkan apabila media massa digunakan sebagai medium mereka mengagungkan gaya hidup dan membudayakan perkara tidak berfaedah yang bertentangan dengan Islam untuk memuaskan diri sendiri.

Khutbah berkata, kumpulan berfahaman ateis ini juga sering menimbulkan pelbagai keraguan mengenai kebaikan syariat Islam.

“Hakikatnya, kepercayaan golongan ini boleh menganggu ketenteraman awam dan merosakkan prinsip kehidupan beragama serta memusnahkan kepercayaan kepada Tuhan yang diamalkan oleh masyarakat di negara ini,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Yg tak percaya adanya Allah swt, tu belum hebat lagi. Kalau nak bena-bena hebat, mesti jadi zat yg mencipta makhluk fir’un laknattullah, sbb secara logiknyo, firun tu dh mengaku dia adalah Tuhan.
    Kalau ikut logik akai sy yg bodoh ni, lebih bagus mereka-mereka ni jadi binatang haiwan je, sbb haiwan tak disuruh utk mengenal Tuhan. Kalau dia memang manusia, secara nalurinya memang dia nk cari Tuhan. Tp bila akai dh kalah dek NAFSU jahatnya, jadilah dia seekor binatang. Binatang ada otak TAPI TAKDE AKAI. Akai memang dicipta Allah swt utk mengenal Tuhan. Itulah rasionalnya Agama Allah ni hanya makhluk yg berjenama MANUSIA SAJA. Binatang tak dcipta utk beragama. Jadi, ikut logik otak sy, pemikir mulhid ni, adalah seekor BINATANG yg berbadankan manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts