Apa yang kita diingatkan oleh Hari Asyura


  1. Asyura mengingatkan kita bahawa orang Islam mesti meneruskan perjuangan para Anbiya’ as menentang taghut. Simbol yang diangkat di hari Asyura adalah perjuangan Nabi Musa as menentang Firaun.
  2. Asyura mengingatkan kita bahawa sekuat mana pun taghut, kuasa Allah tetap tidak ada bandingannya. Sentiasalah yakin bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada umat Islam yang lemah jika cukup syarat dan sampai masanya.
  3. Asyura mengingatkan kita tentang kepalsuan Yahudi yang kononnya sayang kepada Nabi Musa as dengan berpuasa di hari Asyura tetapi memperlekeh dan menyelewengkan Taurat.
  4. Asyura mengingatkan kita bahawa umat Islam perlu berbeza dengan Yahudi walaupun dengan hanya menambah puasa sunat sehari sebelumnya iaitu Tasuaa’.
  5. Asyura mengingatkan kita bahawa puasa adalah ibadah agong yang disyariatkan ketika Islam kuat. Persyariatan puasa hanya di Madinah dan tidak ada di Mekah. Mengajar kita bahawa lagi kuat dan kukuh Islam lagi perlu kita tunduk kepada syariat Allah.
  6. Asyura mengingatkan kita tentang kejelekan Syiah yang cuba memberi wajah baru kepada Asyura dengan mencipta hari kesedihan Karbala menggantikan hari kemenangan Nabi Musa as.

Selamat berpuasa.

Taqabbalallahu minna wa minkum

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts