Apabila Iblis menjadi Tuhan

 

Iblis dan sekutunya dilaknat oleh Allah SWT kerana Iblis engkar perintah untuk sujud kepada Adam AS. Iblis bongkak dengan persepsi dan falsafah sesat yang direkanya sendiri iaitu dia lebih mulia kerana dijadikan daripada api sedangkan Adam AS dijadikan daripada tanah.

Inilah asas utama keangkuhan manusia kepada Allah SWT. Mereka menolak nilai dan sistem yang telah ditentukan oleh Pencipta Bumi dan Langit. Iblis berjanji untuk berusaha habis-habisan menyesatkan manusia daripada wahyu Allah SWT. Pelbagai aliran pemikiran, falsafah yang menyeleweng, nilai pelik yang muncul sekarang adalah manifestasi kepada janji Iblis.

Biar atas nama apa sekalipun samada sekularisme, komunisme, sosialisme, liberalisme, pragmatisme, pluralisme dan bermacam-macam lagi namanya semua itu adalah jalan kesesatan daripada hidayah Islam dan keindahannya.

Sebagaimana Iblis cuba untuk mengabsahkan tindakannya yang tidak sujud kepada Adam atas falsafah dia lebih mulia dari segi penciptaan, begitulah juga manusia yang menyeleweng daripada ajaran Islam begitu takabbur untuk menegakkan benang yang basah bagi menolak perintah Allah SWT. Mereka tak mahu terima wahyu sebagai sumber hukum kononnya atas nama sains dan kemajuan. Mereka mempromosi larangan Islam terhadap seks bebas dan seks songsang atas nama hak asasi. Mereka menyatakan semua agama itu sama atas nama pluralisme. Mereka bersikap bermudahan terhadap bahaya ancaman syiah dan kristianisasi atas nama hak kebebasan beragama.

Semua ini menjurus kepada satu hasil iaitu tidak taat kepada perintah dan panduan Allah SWT. Satu kegembiraan bagi Iblis tiap kali manusia berjaya dihasut daripada melaksanakan perintah Allah SWT. Satu kejayaan besar bagi Iblis bila manusia juga bersamanya untuk menyesatkan manusia yang lain.

Semua perintah dan larangan Allah SWT adalah agar manusia tunduk dan taat kepadaNya sebagai hamba. Itulah hakikat tauhid. Semua sistem dan nilai selain ini atas nama apa sekali pun yang bertujuan untuk menafikan tauhid kepada Allah SWT, itulah syirik dan kufur.

Bahaya syirik adalah tiadanya asas dan dasar bagi manusia, maka syirik melahirkan manusia yang tidak terikat dengan apa-apa kecuali kepada nafsunya yang buas. Tiada asas dalam kepercayaan, tiada asas dalam perundangan dan cara hidup, tiada asas dalam akhlak dan nilai. Syirik melahirkan jiwa yang kosong, akal yang lemah, nilai peradaban yang sempit. Mulalah manusia mengambil apa sahaja sebagai kepercayaannya, melahirkan pemikiran yang sesat dengan akalnya yang terbatas dan lemah, mewujudkan nilai-nilai baru atas nama samarata, kepelbagaian dan teori kebenaran itu relatif.

Kesan domino syirik dalam kepercayaan adalah penyembahan kepada selain Allah SWT samada berbentuk berhala maupun fahaman. Seterusnya ini membawa kepada penolakan terhadap semua sumber hukum dan apa sahaja perundangan yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis juga Qiyas dan Ijmak. Setelah itu lahirlah sistem dan nilai yang songsang dan bertentangan dengan akhlak Islam dan adab budaya yang sejahtera. Sistem yang bertuhankan Iblis.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat

https://t.me/ustazshuhaibarrumy

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts