Arab Saudi terima jemaah umrah luar negara mulai 9 Ogos

RIYADH – Arab Saudi secara beransur-ansur menerima jemaah umrah dari luar negara mulai 9 Ogos ini dengan syarat mereka sudah divaksin.

Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, jemaah dari dalam dan luar negara perlu menyertakan sijil vaksinasi COVID-19 yang dibenarkan bersama permohonan ibadah umrah mereka. 

Katanya, jemaah dari negara-negara yang termasuk dalam daftar larangan masuk Arab Saudi harus dikuarantin secara institusi ketika ketibaan. 

Ibadah umrah dibuka semula kepada jemaah domestik pada Oktober lalu.

Malah, Arab Saudi turut hanya menerima jemaah haji dalam negara selama dua tahun berturut-turut bagi mengelakkan penularan. –  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts