‘Dulu solat saya ‘lompong’ – Azlee Senario

Kuala Lumpur: “Apabila terlalu sibuk bekerja kadangkala kita terlupa untuk mengejar saham akhirat,” kata pelawak Azlee Senario yang kini mendekati ilmu agama dan aktif mengikut kerja-kerja amal.

Azlee berkata, dia pernah alpa dan tidak menitikberatkan mengenai soal agama apabila terlalu mementingkan hal dunia.

“Selama ini saya bukan tak pernah solat, tapi ada waktunya solat saya ‘lompong’. Sepatutnya sebagai umat Islam kita wajib menunaikan solat fardu lima waktu sehari.

“Selepas menimba ilmu agama dengan seorang pendakwah, Alhamdulillah saya dapat menyempurnakan solat fardu saya selain mengadakan bacaan taklim bersama isteri dan anak-anak. Malah, saya juga belajar mengenai bagaimana untuk memantapkan iman di dalam dada. Saya ingin menjadi makhluk yang terbaik di sisi Allah.

“Saya percaya pandemik Covid-19 yang berlaku memberi satu rahmat kepada kita semua. Mungkin selama ini kita lalai dan leka menyebabkan Allah marah. Jadi saya ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Maha Pencipta,” katanya.

Azlee berlata, berpeluang mengikuti kerja-kerja amal serta menyebarkan kebaikan agama Islam memberi satu kepuasan dan ketenangan kepada dirinya.

“Insya-Allah esok sudah kali ketiga saya mengikuti kerja-kerja amal. Setiap kali keluar melakukan aktiviti ini, saya akan habiskan masa selama tiga hari di luar. Berpeluang bertemu dengan orang bukan beragama Islam dan menyebarkan kebaikan agama Islam kepada mereka sememangnya satu pengalaman yang cukup berharga.

“Baru-baru ini saya mendekati masyarakat Orang Asli di Serendah, Selangor kemudian didatangi seorang lelaki yang beritahu dia belum memeluk Islam sedangkan isteri dan anak-anaknya sudah. Dia mendakwa dirinya belum memeluk Islam sebab ada tatu di badannya. Jadi saya ambil kesempatan itu dengan beritahunya bahawa ini adalah hidayah yang Tuhan berikan kepadanya dan Allah tidak pernah menghukum seseorang itu. Saya beritahu apabila dia sudah bersedia sama-sama kita mengucapkan kalimah syahadah,” katanya.

Katanya, pengalaman keluar melakukan kerja-kerja amal juga dapat memberi dirinya peluang untuk mengejar saham akhirat kelak.

“Saya sangat gembira, lebih-lebih lagi dapat mendekati orang yang ingin mendekati agama Islam. Seronok dapat sebarkan kekuasaan Allah. Ada segelintir masyarakat Orang Asli tahu mengenai kekuasaan Allah tapi mereka tidak berpeluang bertemu dengan ustaz atau pendakwah yang boleh meyakinkan mereka,” katanya. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts