Bank pertama Palestin dibuka di Jerusalem

 

RAMALLAH, 10 Syaaban 1438H, Ahad – Selepas lima dekad berlalu, Institusi kewangan Palestin, Bank Negara (TNB) kembali menyediakan perkhidmatan perbankan apabila membuka cawangan pertama bank negara itu di Timur Baitulmuqaddis.

TNB membuka cawangannya di Jerusalem pinggir bandar Dahiyat Al Barid dengan menyediakan perkhidmatan perbankan untuk 280,000 penduduk Timur Baitulmuqaddis.

Pengurus Eksekutif TNB, Talal Nasser Al Deen berkata, beliau bangga dengan pembukaan cawagan itu yang disifatkan detik bersejarah dalam perbankan Palestin.

Katanya, usaha untuk mendapatkan kebenaran beroperasi di Timur Baitulmuqaddis daripada pihak berkuasa Israel mengambil masa 18 bulan.

“Tiga tahun lalu, kita mendapati kelemahan undang-undang apabila beberapa bahagian di Kawasan C Tebing Barat termasuk dalam pengasingan Israel.

“Jadi, kami mengambil keputusan mengambil kesempatan daripada itu dengan membuka cawangan di Jerusalem, di dalam kawasan yang boleh diakses kepada penduduk yang tinggal dalam kota suci.

“Ia menjadikan kehidupan mereka (penduduk) lebih mudah kerana tidak perlu melalui pusat pemeriksaan bagi berurusan di bank,” katanya.

Berdasarkan keadaan geografi, Dahiyat Al Barid dianggap sebagai kawasan C di Tebing Barat dan jatuh di bawah kawalan penuh pihak berkuasa Israel.

Sebanyak 16 bank tempatan merangkumi Arab dan asing telah membukan cawangannya di Tebing Barat sejak penubuhan PNA pada tahun 1993, namun tiada satu yang dikendalikan di Baitulmuqaddis.- Agensi

Sumber : ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts