ISMA sokong wujud Akta Muzik demi moral masyarakat

BANGI– Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyambut baik cadangan kerajaan untuk mewujudkan Akta Muzik yang sekian lama tidak ada di Malaysia. 

Perunding Kanan Media dan Dakwah ISMA, Ustaz Rusydi Alias berkata, pelaksanaan akta ini diyakini dapat menambah baik gerak kerja pemain industri muzik bagi mengelakkan insiden tidak bermoral berulang terutama membabitkan artis luar negara.

“ISMA memandang serius hal ini, jadi kerajaan perlu4 meletakkan garis panduan yang jelas kepada pemain industri muzik agar nilai moral masyarakat Malaysia tidak tergadai.

“Pada masa sama, ISMA mahu kerajaan merangka Akta Muzik dengan mengambil kira nilai-nilai yang baik dan menolak nilai buruk yang pastinya untuk kebaikan semua golongan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Ustaz Rusydi berkata, ISMA juga berharap dengan kewujudan Akta Muzik ini dapat mengangkat lagi karya tempatan yang mempromosikan4 nilai-nilai ketimuran.

Selain itu, ISMA mengesyorkan kerajaan supaya mewujudkan geran khusus bagi membiayai penerbitan dan penghasilan muzik yang patuh syariah dan membangun iman, sesuai aspirasi membangun modal insan soleh dan solehah.

“Kerajaan juga disaran agar meminta padangan mufti dan jabatan agama sebelum mengeluarkan garis panduan dari segi penghasilan, persembahan, penerbitan dan hal yang terkait dengan muzik.

“ISMA berpendirian, muzik itu dibenarkan dalam Islam tetapi harus ada garis panduan supaya tidak melampaui batas sehingga mencemarkan moral dan harga diri dan negara,” katanya.

Ogos lalu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memaklumkan sedang berusaha menggubal akta baru dalam mewujudkan Akta Muzik bagi membantu industri muzik negara. 

Menterinya, Fahmi Fadzil, akta menyeluruh untuk industri muzik akan diwujudkan dalam tempoh dua tahun dan ia masih dalam proses untuk mendapatkan dana daripada Kementerian Ekonomi.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts