Ikut Rasululah dianggap gila

  1. Saidina Abdullah bin Umar adalah seorang pemuda yang sangat mencintai Rasulullah ﷺ. Beliau dikatakan mengikuti setiap sunnah Rasulullah dan perilaku Baginda. Malah beliau dikatakan akan menjejaki setiap tempat laluan Rasulullah dan berdiri ditempat berhenti Rasulullah.
  2. Kesungguhan beliau mengikuti setiap perilaku Rasulullah ini menyebabkan mungkin ada yang akan beranggapan bahawa beliau adalah seorang lelaki yang gila. Kata Nafi (orang suruhan Ibn Umar):

عَنْ نَافِعٍ قَالَ: لَوْ نَظرْتَ إِلَى ابْنِ عُمَرَ إِذَا اتَّبعَ رَسُوْلَ اللهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- لَقُلْتَ: هَذَا مَجنُوْنٌ

Nafi’ berkata: Kalau kamu melihat Ibn Umar mengikuti setiap jejak dan perilaku Rasulullah, kamu akan berkata: Dia ini orang gila. (al-Zahabi, Siyar A’lam)

  1. Begitulah tinggi dan bersungguhnya Ibn Umar dalam mengikuti setiap sunnah dan perlakuan Rasulullah. Rasulullah ﷺ sendiri pernah memuji Ibn Umar sebagai seorang lelaki yang terbaik dan soleh. Sabda Baginda Nabi:

نِعْمَ الرَّجُلُ عَبْدُ اللهِ لَوْ كَانَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ”. قَالَ: فَكَانَ بَعْدُ لاَ يَنَامُ مِنَ اللَّيْلِ إلَّا القَلِيْلَ“

Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah (bin Umar) sekiranya dia mendirikan qiamullail. Lalu sejak dari itu Ibn Umar jarang tidur malam melainkan sedikit.” (al-Bukhari)

  1. Sifat Ibn Umar yang membiarkan dirinya dibimbing oleh Rasulullah wajib dicontohi. Kesungguhan beliau menerima nasihat dan mengikut setiap jejak Rasulullah adalah teladan yang perlu diikuti oleh generasi muda pada hari ini. Kita seharusnya menjadikan Rasulullah sebagai idola dalam segenap aspek kehidupan kita.
  2. Dalam dunia yang menjadikan barat sebagai idola mereka, setiap Muslim seharusnya kembali kepada Allah dan Rasul. Mungkin juga akhir zaman ini mereka yang mengikuti Allah dan Rasul akan dianggap ganjil. Berpegang pada ajaran Islam dianggap sukar pada hari ini. Benarlah sabda Baginda:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ

“Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada Agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api.” (HR al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts