AS rancang tubuh ‘bangunan’ di Baitulmaqdis

 

WASHINGTON– Amerika Syarikat (AS) merancang untuk membuka ‘bangunan jangkauan’ di Baitulmaqdis Timur kononnya untuk memperbaiki hubungan dengan warga Arab di situ serta Palestin.

Jerusalem Post yang memetik pegawai kanan AS mendakwa, pejabat itu tidak akan menjadi konsulat atau menawarkan kemudahan serupa.

“Terdapat satu misi diplomatik AS di Israel – kedutaan AS – dan berpusat di Baitulmaqdis.

“Rancangan kami untuk membuka bangunan jangkauan di Baitulmaqdis Timur telah berjalan selama bertahun-tahun dan dirancang hanya untuk meningkatkan hubungan di antara jiran-jiran Baitulmaqdis.

“Ini bukan konsulat yang terpisah apatah lagi mempunyai kemudahan konsulat – dan kami tidak mempunyai rancangan untuk merealisasikannya,” dakwanya.

Dakwaan itu sekali gus menolak laporan yang tersebar di media bahawa ada rancangan untuk membuka konsulat di Baitulmaqdis Timur.

Menurut laporan berita, Ketua Unit kedutaan Hal Ehwal Palestin, George Noll telah memulakan persiapan untuk pembukaan semula konsulat di wilayah itu.

Pada Disember 2017, Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaan AS ke bandar yang dijajah dari Tel Aviv pada tahun berikutnya.

Langkah itu mengecewakan dunia Arab dan sekutu Barat. Presiden Pihak berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas menyifatkan tindakan itu sebagai ‘penghinaan’ dan menegaskan AS tidak lagi boleh dianggap perunding yang jujur dalam rundingan damai dengan Israel.

Joe Biden pula pada awalnya menentang pemindahan kedutaan AS ke Baitulmaqdis, namun tidak berhasrat untuk memindahkannya kembali ke Tel Aviv. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts