Awal Muharram : Pengorbanan mendaulat dan menegakkan Islam

 

PENGORBANAN besar Rasulullah SAW dan para sahabat meninggalkan kampung halaman mereka di Mekah lalu berhijrah ke Madinah demi menegakkan Islam mesti dikenang sepanjang zaman.

Mereka berkorban segala-galanya. Sebahagian kehilangan semua harta benda, sebahagian berpisah dengan keluarga dan ramai terbunuh tatkala mempertahankan negara Islam Madinah.

Inilah hijrah yang wajib kita fahami. Ia adalah perjuangan menegakkan agama Allah SWT berdepan dengan segala ancaman dan kuasa yang cuba menghalang dan menghancurkannya.

Semoga umat Islam dikurniakan Allah dengan kekuatan memahami hakikat ini.

Menelusuri sirah tahun ke 8 Hijrah, apabila Nabi SAW berjaya membuka semula kota Mekah, datang seorang sahabat membawa saudaranya yang baru memeluk Islam kepada Rasul SAW untuk didoakan keberkatan hijrah dan kelebihan muhajirun buatnya.

Rasul SAW menjawab dengan hadith yang masyhur, yang sering dibaca pada kuliah-kuliah awal Muharram.

لا هجرة بعد الفتح

(Tiada lagi di sana hijrah setelah pembukaan kota Mekah)

Hakikatnya, kaum muslimin dituntut dan diwajibkan untuk berhijrah ke Madinah dan berjuang bersama Nabi SAW sehinggalah akhirnya Mekah dibuka.

Mereka yang berhijrah ini mendapat kelebihan tersendiri kerana berhijrah untuk sehidup semati bersama Nabi SAW dalam perjuangan era Madinah yang getir.

Apabila terbukanya kota Mekah, maka tiada lagi hijrah, lantas tiada juga kelebihan buat mereka seperti diperoleh para Muhajirin.

Baginda lantas menyambung…

ولكن جهاد ونية
(Bahkan yang masih ada ialah jihad dan niat)

Yang masih tersisa ialah pengorbanan, jihad dan niat kerana akan terbentang kelak di depan mata para sahabat terkemudian akan tugasan jihad dan dakwah yang besar.

Begitu jugalah dengan kita. Di hadapan kita terbentang cabaran dan tugasan berat dalam memperjuang dan mempertahankan agama Allah SWT di zaman ini.

Marilah sama-sama kita mengambil peranan masing-masing dan menjadikan 1 Muharram 1441H sebagai titik mula satu azam dan tekad yang baru untuk agama yabg dicintai ini.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442H.

Hj Omar Kassim
JK Pusat ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts