Ayuh solat hajat untuk Gaza!

 

BANGI – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa masjid seluruh negara melaksanakan solat hajat susulan serangan terbaharu rejim zionis Israel ke atas Gaza, semalam.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, serangan itu mungkin hanya mencederakan beberapa rakyat Palestin dan menghancurkan sebahagian bangunan, namun ia berpotensi untuk menjadi lebih parah jika perang tercetus antara Gaza dan Israel.

“Tentera Israel sering melancarkan serangan yang berskala besar ke atas Gaza untuk menunjukkan kekuatannya atas alasan roket dilancarkan ke atas Israel dari Gaza.

“Di dalam keadaan yang sangat genting di Gaza, serangan kelmarin akan menambahkan kesengsaraan warga Gaza. Sehingga kini warga Gaza sedang menderita akibat tidak cukup bekalan ubatan, makanan, bekalan air dan elektrik.

“Kami mengesa pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera bertindak untuk menyekat perang daripada tercetus dan membebaskan Gaza dari kepungan yang sudah berlanjutan lebih 13 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Azmi turut meluahkan kekesalan apabila negara-negara Islam gagal bersatu demi membantu Gaza yang ditimpa serangan demi serangan.

Malah, katanya, lebih malang lagi apabila terdapat negara Arab yang kini semakin rapat dan mengadakan hubungan dengan Israel.

“Negara itu tidak mewakili sentimen kebanyakan umat Islam seluruh dunia yang membantah keras keganasan Israel.

“Kami menggesa kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya dengan tegas serta menyalurkan bantuan kepada Gaza. Ia juga perlu mengambil inisiatif mengusulkan kepada OIC untuk bersidang khas membebaskan Gaza daripada kepungan Israel,” katanya.

Tentera Israel memulakan serangan terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza, semalam, beberapa jam selepas pelancaran roket Palestin terkena sebuah rumah di Tel Aviv.

Serangan rejim Israel sejak semalam, berterusan sehingga ke awal pagi tadi disifatkan sebagai yang terbesar sejak lima tahun lalu.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Saudaraku Rohingya…

  Saudaraku Rohingya… Dibakar, Dihalau, Dibelasah, Ditindas, Disekat bantuan, Dinafikan hak sebagai rakyat… Hari rohingya setiap hari, Tapi…