Bacaan Al-Quran kanak-kanak buta menyentuh hati, tarik setengah juta tontonan

Cj7IbpcUoAAJK35

BANGI, Jumaat – Video bacaan Al-Quran seorang kanak-kanak kurang upaya di Indonesia telah menarik tontonan lebih daripada setengah juta penonton di Youtube.

Kisah kanak-kanak buta, Mashitah Nasruddin, 8, yang dikongsi rancangan hafazan oleh sebuah stesen televisyen Indonesia telah menyentuh perasaan penonton dan pelayar media sosial apabila beliau menyuarakan harapannya untuk diberikan peluang melihat.

Mashitah yang juga salah seorang peserta rancangan itu turut mengharukan penonton apabila beliau mengalunkan bacaan surah Ar Rahman sehingga menyebabkan juri dan pengacara rancangan tersebut mengalirkan air mata.

Malah, video berdurasi 4 minit 19 saat itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengagumi keupayaan Mashitah menghafal Al Quran walaupun tidak boleh melihat.

“Kekurangan kamu itu akan meringankan hisab kamu di akhirat kelak, InsyaAllah. Semoga syurga tempat kamu,” kata pemilik akaun Rekaman Nyata.

“Subhanallah, semoga Allah menyembuhkan penglihatan adik ini. Amin,” katan Shide Edy.

Memetik temu bual sebuah rancangan televisyen Indonesia, ibu Mashitah berkata, anaknya itu sudah mula menunjukkan minat mempelajari Al-Quran sejak usianya 5 tahun lagi.

Katanya, Mashitah sering diperdengarkan bacaan ayat Al-Quran daripada radio dan televisyen sehingga menyebabkan beliau boleh menghafal.

“Tiada gurunya, dan ia kemahuan Mashitah sendiri,” katanya.

Sejak daripada rancangan itu, kisah Mashitah mula mendapat perhatian masyarakat tidak hanya di Indonesia malah dari negara lain sehingga ada pihak yang menawarkan bantuan pembiayaan kos pembedahan matanya.

Video boleh ditonton disini : https://www.youtube.com/watch?v=DYxnGKuv_e0

Sumber : ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts