Rahmatan lil Alamin bukan lesen untuk membiarkan kemungkaran berleluasa

 

Rahmatan lil Alamin bukan lesen untuk menghalalkan yang haram atau membiarkan kemungkaran berleluasa.

Isunya bukan kita tidak mahu menyantuni golongan LGBT. Mendakwahi mereka agar mereka kembali ke pangkal jalan adalah sesuatu yang digalakkan. Umat Islam sememangnya menghormati setiap manusia, baik Muslim mahupun kafir, manusia normal mahupun LGBT, untuk hidup sebagai layaknya manusia, hak untuk bekerja, menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, sebagai warga negara.

Isunya adalah GERAKAN LGBT, suatu gerakan yang mahukan ‘hak-hak’ mereka diiktiraf. Hak untuk menukar jantina, lelaki berpakaian wanita, wanita berpakaian lelaki, lelaki memasuki tandas wanita, berkahwin sesama jenis, mengamalkan homoseksual secara terang-terangan, mempromosikan aktiviti mereka agar diterima oleh orang ramai.

Sesuatu yang sebenarnya bukan hak tetapi diperjuangkan sebagai hak oleh masyarakat yang liberal dan sekular. Semua ini adalah kemungkaran dan haram di sisi Islam, dan menjadi tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk mencegahnya, kerana jika tidak dicegah boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Profesor Madya Dr. Khalif Muammar A Harris
Pengarah CASIS UTM

Sumber: https://www.facebook.com/drkhalif/posts/2044076698945589

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Sudah tiba masanya untuk kita bertindak mengekang habis-habisan usaha Gerakan LGBT di samping mendakwahi individu-individu berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts