Berhati-hati walaupun bergurau

  1. Rasulullah ﷺ sering mengingkatkan kita supaya berhati-hati dalam memilih perkataan. Terkadang kita tidak menyangka, perkataan gurauan kita berupaya menjadi senjata yang kembali kesannya kepada kita sendiri. Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِا

“Seorang lelaki mengucapkan satu kalimah yang dia tidak merasakan apa-apa masalah dengannya (memandang remeh dengan kalimah tersebut), yang mana ianya boleh membawanya kepada tujuh puluh jarak dalam neraka.” (HR al-Tirmizi)

  1. Al-Imam al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Tuhfah al-Ahwazi)
  2. Manakala Sheikh Ali al-Qari pula merekodkan hadis berhubung kecaman Rasulullah ﷺ terhadap mereka yang bercakap bagi tujuan bergurau tanpa menilai dahulu kesan ucapan tersebut barangkali tidak sesuai untuk dijadikan bahan gurauan. Sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَقُولُ الْكَلِمَةَ لَا يَقُولُهَا إِلَّا لِيُضْحِكَ بِهِ النَّاسَ، يَهْوِي بِهَا أَبْعَدَ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ،

“Seorang hamba mengucapkan perkataan bagi tujuan bergurau (untuk digelak) sedangkan perkataan tersebut boleh membawanya ke neraka yang jarak keduanya antara langit dan bumi.” (Mirqa al-Mafatih)

  1. Sebagai Muslim, kita seharusnya boleh membezakan perkataan yang boleh dijadikan gurauan dan mana yang tidak sesuai untuk dijadikan bahan gurau sehingga boleh memberikan kesan kepada diri kita sendiri.
  2. Sebagai Muslim, kita juga seharusnya faham bahawa syurga itu adalah hak milik Allah yang mutlak yang boleh dikurniakan buat sesiapa sahaja yang mengucapkan kalimah syahadah.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Fardu kifayah di Jepun

  ALHAMDULILLAH, saya diberikan peluang oleh Allah SWT untuk melaksanakan ibadah fardu kifayah di bumi matahari terbit ini.…