Bagaimana keganasan terhadap Islam itu bermula?

 

KEBENCIAN dan serangan ke atas umat Islam, seperti yang berlaku di Christchurch adalah berpunca daripada usaha berterusan untuk memaksa umat Islam menerima tafsiran dan amalan Islam yang salah.

Usaha pemaksaan tafsiran dan amalan Islam yang salah ini tidak akan berjaya, kerana umat Islam mempunyai naskhah al-Quran yang terjamin keaslian, disokong oleh kajian para ulama sejak ribuan tahun lalu, yang membentuk satu metodologi penafsiran yang kukuh dan mantap.

Sebagai contoh usaha untuk memaksa umat Islam menerima pegangan bahawa soal agama adalah soal peribadi, lalu membiarkan fenomena seks songsang berleluasa, memandang jelik pada undang-undang khalwat, mengutuk hukuman ke atas pasangan lesbian.

Selain itu, paksaan agar kafir dipanggil non muslim walaupun realiti harian perkara ini bukan isu, paksaan agar konsep rahmah diperluaskan tafsirannya sehingga menghalalkan dominasi politik orang bukan muslim dan menyanjung parti memperjuangkan sekularisme yang jelas bertentangan dengan Islam.

Ini semua doktrin yang cuba dipaksakan ke atas umat Islam.

Maka apabila majoriti umat Islam tidak menerima doktrin sesat ini, atas sebab kejelasan ajaran Quran dan Sunnah, serta tafsiran ulama yang sudah membentuk metodologi yang kukuh dan mantap, maka umat Islam dilabelkan dan dipaparkan sebagai ekstrimis.

Tokoh-tokoh (politik dan “agama”) melabelkan umat Islam majoriti sebagai “bigot”, ekstrimis, takfiri, khawarij, asobiyah, pelampau, ganas dan teroris.

Tokoh-tokoh ini sebenarnya menyemai perasaan benci orang bukan muslim terhadap umat Islam.

Label Taliban yang dilontarkan oleh Nga Kor Ming ke atas usaha kerjasama dan perpaduan sesama parti-parti orang Islam, yang selari dengan ajaran Islam, adalah satu hasutan ke atas orang bukan muslim supaya membenci orang muslim di negara ini.

Begitu juga ucapan Lim Guan Eng, yang menyifatkan kerjasama antara dua parti orang Islam sebagai perisytiharan perang ke atas orang bukan muslim, adalah juga satu hasutan agar orang bukan muslim membenci orang muslim.

Terdapat wakil rakyat daripada Parti Amanah yang gigih menyebarkan kebencian ke atas NGO muslim seperti Ikatan Muslimin Malaysia, yang mengangkat dan memperjuangkan slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Kesemua mereka gigih memaparkan bahawa orang muslim yang berpegang pada tafsiran dan amalan Islam yang betul sebagai ekstrimis dan pelampau.

Begitulah fenomena yang berlaku di seluruh dunia, mereka mahu memaksa Islam menurut tafsiran mereka ke atas umat Islam. Apabila umat Islam kekal tidak menerima tafsiran mereka, mereka sebarkan kebencian masyarakat ke atas umat Islam.

Inilah punca keganasan, sehingga orang-orang yang tidak bersalah seperti Muhammad Adib dan para jemaah di masjid Christchurch menjadi mangsa. Akibat rasa benci yang disemai setiap hari.

Mereka memaksa. Apabila umat Islam enggan mengikut, mereka sebarkan kebencian. Maka terjadilah keganasan.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Islam di Itali

  Aku sempat berkunjung ke Itali, sebuah negara Eropah yang cukup terkenal dengan sektor pelancongannya. Itali pada masa kini…