Baik baca al-Quran daripada ‘memburu hantu’ – Dr. Zulkifli

PUTRAJAYA: Lebih baik membaca al-Quran dan membuat perkara yang lebih berfaedah daripada mencipta kandungan ‘memburu’ hantu atau paranormal.

Itu nasihat ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung persoalan atau hukum di sebalik menghasilkan kandungan paranormal.

Zulkifli menerusi artikel terbaharu di portal Maktabah Al-Bakri berkata, beliau menasihatkan agar tidak melakukan perkara sedemikian dan menganjurkan supaya melakukan perkara yang lebih bermanfaat seperti menghadiri majlis ilmu, bersukan dan seumpamanya.

“Membuat perkara yang berunsur mistik secara berlebihan dikhuatiri akan membawa kepada kesyirikan, ketahyulan dan khurafat.

“Semoga Allah SWT memelihara akidah kita daripada dicemari syirik dan khurafat,” katanya.

Katanya, Syeikh Mustafa al-Maraghi menyebut bahawa beriman dengan perkara yang ghaib ialah percaya bahawa adanya kewujudan di sebalik alam yang nyata yang mana ia dipandu dengan dalil dan akal yang waras.

Zulkifli berkata, firman Allah SWT juga menceritakan bahawa kewujudan syaitan yang sentiasa menjadi musuh nombor satu kepada manusia.

“Di dalam Islam antara perkara ghaib yang wajib kita imani adalah kewujudan jin dan syaitan. Namun, kadangkala syaitan mendatangi manusia bukan dengan membisikkan perkara was-was akan tetapi ia juga boleh datang menyerupai manusia.

“Kita boleh dengar suara tapi tidak nampak tubuhnya. Ia juga boleh menyerupakan diri dengan bentuk-bentuk yang pelik,” katanya. – UTUSAN

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts