Warning: session_start(): open(/tmp/sess_0smrd66p396o6m480oi3lkvd88, O_RDWR) failed: No space left on device (28) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

Warning: session_start(): Failed to read session data: files (path: ) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99ae.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99af.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99b0.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99b1.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99b3.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Semak hadis sebelum sebar – Indahnya Islam

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99b5.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99b6.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Notice: Function wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/functions.php on line 6078

Semak hadis sebelum sebar

Kuala Lumpur: Terdapat puluhan hadis palsu berlegar dalam kalangan masyarakat dalam bentuk mesej berantai serta disebarkan secara meluas menerusi platform mesej digital pada ketika ini.

Penyebaran berkenaan dilakukan secara meluas melalui platform digital seperti aplikasi WhatsApp, Facebook (FB) serta laman sosial lain.

Antara hadis palsu yang popular dalam kalangan masyarakat serta masih disebarkan antaranya adalah ucapan akhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat seperti ‘Ummati, Ummati’ atau ‘umatku, umatku’ dan hadis berkenaan tidak mempunyai sumber yang muktabar.

Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis dan Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) Dr Mohd Khafidz Soroni berkata, hadis berkaitan ucapan akhir sebelum kewafatan baginda SAW itu sangat popular.

Menurutnya, isu penyebaran hadis palsu ini adalah serius kerana ia membabitkan penisbahan kepada Nabi Muhammad SAW namun realitinya baginda tidak pernah mengeluarkan ucapan berkenaan.

“Bagaimanapun, pengkaji atau orang awam yang tidak berkeahlian dalam ilmu hadis jangan terlalu ghairah untuk meletakkan sesuatu hadis dalam kategori palsu jika sesebuah hadis itu bersifat dhoif atau lemah saja,” katanya.

Menurut beliau, hadis dhaif ini memang wujud dan ia masih diterima sebagai fadhilat amal oleh ulama dan kecenderungan segelintir masyarakat meletakkan hadis dhaif sebagai palsu juga adalah kebimbangan.

“Saya yakin, ramai yang mendengar atau membaca, bahawa antara ucapan akhir baginda SAW sebelum kewafatannya adalah hadis yang menyebut kepada ‘umatku, umatku’ ini.

“Namun, selepas semakan dilaksanakan oleh pengkaji dan ahli ilmu mendapati, ia adalah satu hadis yang tidak mempunyai sumber muktabar dalam kitab-kitab utama pengajian disiplin hadis.

“Selain itu, antara hadis palsu lain yang popular dalam kalangan masyarakat adalah hadis berkaitan manfaat melaksanakan solat Tarawih. Contoh, jika bersolat Tarawih pada malam pertama akan mendapat ganjaran begitu begini,” katanya.

Dr Mohd Khafidz berkata, hadis manfaat mendirikan solat Tarawih berkenaan sehingga kepada malam ke-30 adalah contoh bahawa hadis ini tidak bersumberkan kepada kitab hadis muktabar namun dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW.

“Satu lagi hadis yang paling kerap diulang siar walaupun sudah pelbagai penerangan dilakukan adalah masuk bulan Islam. Contoh, barang siapa gembira dengan bulan Ramadan, maka diharamkan daripadanya api neraka dan jika dia menyampaikan berita itu kepada orang lain, dia turut diharamkan api neraka.

“Apabila masuk bulan Islam yang lain seperti Syawal, hadis berkenaan hanya ditukar saja pada frasa bulan.

“Ketiga-tiga hadis ini adalah contoh sebaran hadis palsu dalam kalangan masyarakat yang berlaku sehingga kini walaupun sudah berkurangan hasil kesedaran masyarakat umum dan juga usaha pendakwah,” katanya.

Ditanya berhubung nasihat kepada pendakwah untuk memastikan setiap penggunaan hadis adalah bersumber, Dr Mohd Khafidz berkata, pendakwah perlu tahu serta peka tentang hadis mana yang akan digunakan dan diambil daripada kitab mana.

Menurutnya, di dalam disiplin ilmu hadis, ia mempunyai kitab-kitab muktabar yang boleh dirujuk dan selagi mana pendakwah berkenaan melakukan rujukan berkenaan, pasti penyebaran hadis palsu ini dapat disekat serta dikurangkan.

“Saya juga ingin menasihati orang awam supaya sentiasa menyemak dahulu setiap mesej berantai yang mengandungi hadis untuk mengetahui status hadis berkenaan.

“Semakan ini boleh dilakukan kepada jabatan mufti negeri atau mana-mana pondok serta madrasah yang berkelayakan atau mempunyai tuan-tuan guru yang dihormati untuk semakan,” katanya

Menurutnya, dalam Islam mempunyai aturan rujukan yang sistematik iaitu orang awam merujuk kepada ulama, ulama pula akan merujuk kepada kitab-kitab muktabar dan ini demi menjaga kesucian Islam secara menyeluruh.

Pendakwah, penceramah perlu elak hadis palsu

Pendakwah serta penceramah perlu membiasakan diri dengan fakta supaya apa yang disampaikan adalah tepat tanpa sebarang pertikaian.

Timbalan Dekan (Jaringan) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, sudah menjadi kemestian pendakwah perlu membaca bahan bacaan yang banyak khususnya bidang-bidang berkaitan dengan kepakaran mereka.

“Apabila pembacaan mereka banyak, maka banyak fakta akan keluar daripada mulut mereka, jika isu-isu semasa perlu kepada fakta dan rujukan yang tepat, maka tidak pelik apabila hadis-hadis juga perlulah daripada sumber yang betul.

“Ini bermaksud pendakwah kena tahu jenis-jenis hadis sama ada ia sahih, hasan (hadis yang sanadnya bersambung, dengan perantara perawi yang adil, yang sedikit lemah hafalannya), dhaif dan palsu. Sewajarnya, hadis palsu jangan disampaikan kepada masyarakat kerana ia salah di sisi Islam,” katanya.

Dr Mohd Izhar Ariff berkata, pendakwah juga perlu bercakap sesuatu yang dia mahir dan jangan sesekali bercakap sesuatu yang bukan bidang mereka.

“Apabila dia bercakap sesuatu yang bukan bidang, maka mungkin seseorang itu akan ‘menggoreng sampai hangit’ dan pastinya penyampaian akan sia-sia.

“Pendakwah juga perlu banyak bertanya kepada pakar bidang jika dia tidak jelas atau tidak faham, tidak malu bertanya kerana bertanya itu tangga kejayaan,” katanya.

Beliau turut menasihati pendakwah dan penceramah supaya jangan cepat menghukum serta melatah kerana dibimbangi akan menyebabkan penyampaian fakta yang salah.

Menurutnya, mereka juga perlu melakukan persediaan sebelum memberi ceramah, sekurang-kurangnya tiga jam membaca buku berkaitan tajuk.

“Hafal dalil-dalil berkaitan tajuk dengan betul. Jangan melalut dalam ceramah kerana ia akan merugikan masa pendengar. Biar ceramah itu pendek tapi padat. Biar santai tapi sampai,” katanya.

Tak pasti usah kongsi

Umat Islam perlu tahu membezakan antara petua atau pendapat orang dahulu kala dengan hadis berikutan ia dua perkara yang membawa maksud berlainan.

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, kekeliruan itu amat bahaya berikutan boleh menyebabkan seseorang berdosa besar jika perkara itu bukan datangnya daripada sabda Rasulullah SAW.

“Adakalanya, ramai keliru antara petua orang dulu-dulu dengan hadis. Contoh, seperti orang Arab, jika minum susu, mereka tidak beri makan ikan. Itu petua tetapi ada juga orang kata itu hadis.

“Jadi, apapun kita perlu hati-hati kerana jika apa yang dicakapkan itu bukan datangnya sahih daripada sabda Rasulullah SAW, ia boleh menyebabkan seseorang itu berdosa besar dan dihumban ke neraka,” katanya.

Kata beliau, jika tidak pasti, jangan kongsikan dengan orang lain kerana ia satu penipuan dan penghinaan.

“Kita minta orang ramai yang tidak tahu hadis sebenar supaya jangan sebut hadis. Gunakan perkataan lain seperti pandangan ulama, ahli perubatan atau orang dulu-dulu, itu lebih selamat saya rasa.

“Paling penting, jika ragu-ragu atau tidak pasti, tanyalah kepada pakar supaya kita tidak tertipu dengan perkara yang tidak betul kerana ia satu penipuan dan penghinaan kepada Rasulullah SAW jika ia bukan apa yang baginda sabdakan,” katanya.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, hadis palsu wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi.

“Hadis ini dulunya dibuat untuk menarik supaya orang membuat kebaikan, namun ada juga yang hendak menyokong sesuatu pertubuhan kononnya apa yang dibuat itu selari dengan Islam. Jadi itulah mula timbulnya hadis palsu ini dan pengaruhnya sampai sekarang.

“Cuma ramai masih keliru dengan hadis dhaif. Ia bukan palsu kerana ia tetap ada riwayat keluar daripada mulut Nabi kita. Tetapi ada antara orang-orang yang meriwayatkan hadis itu didapati ingatannya kurang, tidak warak, amal atau akhlak kurang baik dan sebagainya. Itu yang menjadikannya lemah.

“Contoh, hadis mengenai kelebihan sesuatu amalan seperti solat, ia masih boleh diguna pakai dan bukannya ditolak bulat-bulat,” katanya.

myHadith, Smart Hadith platform rujukan orang awam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang dalam usaha untuk membangunkan portal myHadith serta aplikasi Smart Hadith sekali gus menjadi platform rujukan orang awam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, kedua-dua usaha berkenaan akan menjadi platform kepada masyarakat untuk berinteraksi dengan hadis.

“Portal myHadith menyediakan fungsi carian hadis dalam kata kunci perkataan dalam bahasa Melayu dan Arab yang bersumberkan daripada kitab-kitab hadis muktabar.

“Pengenalan kepada ilmu hadis dan perawi-perawi hadis juga disediakan bagi memberikan pendedahan awal kepada masyarakat dalam mengenali ilmu hadis serta tokoh-tokoh dalam disiplin ilmu berkenaan.

“Soal jawab dan penjelasan semasa berkaitan isu hadis dan artikel-artikel berkaitan hadis juga dimuatnaik untuk memberikan kefahaman dan jawapan yang jelas kepada masyarakat,” katanya.

Hakimah berkata, masyarakat perlu belajar ilmu hadis bagi menimbulkan kecintaan dan kasih sayang terhadap Nabi Muhammad SAW kerana apa yang disampaikan oleh baginda itu adalah wahyu dan petunjuk yang akan menerangi umatnya ke syurga.

Menurutnya, sebelum berkongsi atau menyebarkan hadis, masyarakat perlu merujuk kepada pakar atau ahli hadis dan sumber yang berautoriti agama agar apa yang disebarkan itu tepat dan sahih.

“Hadis palsu ataupun lebih dikenali sebagai hadis maudhuk ialah hadis yang direka, dicipta kemudian disandarkan ke atas Nabi Muhammad SAW secara sengaja atau salah.

“Dalam istilah yang lebih mudah, setiap apa yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW yang baginda tidak pernah mengucapkannya atau melakukannya atau memperakukannya sama ada secara sengaja atau tersalah.

“Ulama bersepakat bahawa sengaja berdusta ke atas Nabi Muhammad SAW adalah satu daripada dosa besar.

“Ini kerana, hadis menyebutkan ancaman kepada pelakunya dengan disediakan tempat duduknya di dalam api neraka,” katanya – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99b9.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Total
0
Shares

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99ba.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Beberapa usul syarak dalam memahami realiti semasa

  Bagi memastikan kita tidak tersasar daripada landasan, saya sebutkan beberapa usul syarak dalam memahami realiti semasa: 1.…

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99bd.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99be.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Notice: Function wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/functions.php on line 6078
Read More

Ratusan kanak-kanak ditahan di penjara Syria

  GENEVA – Ratusan kanak-kanak ditahan di penjara dewasa di timur laut Syria, kata Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah…

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99bf.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6c90-99c0.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Notice: Function wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/functions.php on line 6078