Banjir besar: Rakyat Kelantan diseru solat hajat, berdoa – MB

 

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan diseru untuk melakukan solat hajat dan berdoa ketika ini agar banjir besar tidak melanda.

Seruan itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu rakyat negeri tersebut melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT.

Selain itu, beliau turut menyeru seluruh rakyat terutamanya mangsa banjir tidak mengambil mudah setiap arahan pihak berkuasa.

“Apabila arahan berpindah dikeluarkan, semua pihak hendaklah mengambil langkah segera agar berpindah.

“Seeloknya ia mesti dilaksanakan sebelum waktu Maghrib bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam proses pemindahan,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

 

 

Beliau berkata, laporan ramalanc yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi hari ini menunjukkan hampir seluruh negeri mengalami hujan peringkat bahaya (merah) sehingga esok.

“Sehingga kini jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka adalah sebanyak 32 buah melibatkan seramai 1,440 mangsa daripada 380 keluarga di seluruh negeri Kelantan.

“Seluruh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) setiap jajahan dan Pengkalan Hadapan sudah berada keadaan siap sedia dengan kerjasama bersepadu pasukan keselamatan termasuk sukarelawan di kawasan berisiko tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berpesan agar rakyat Kelantan bersedia dan berwaspada bagi menghadapi bencana banjir. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts