Rakyat perlu terus kutuk tindakan Israel, gesa henti serangan

BANGI – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru seluruh rakyat termasuk masyarakat dunia untuk terus mengutuk tindakan Israel dan menggesa serangan ke atas Semenanjung Gaza dihentikan.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penindasan terhadap rakyat Palestin di Gaza telah berlarutan puluhan tahun dan sejak itu Malaysia tidak berganjak dengan pendirian sama.

Atas dasar itu, beliau menyokong ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Palestin ketika melakukan lawatan kerja rasmi di Jerman.

“Pendirian tegas tersebut wajar diberi pujian kerana ia memberi cerminan bahawa Malaysia amat serius dalam menentang kekejaman oleh pihak rejim Zionis Israel di bumi Palestin.

“Pendirian Malaysia ini telah berulang kali ditegaskan termasuk di pentas antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam sidang media bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz menegaskan pendirian Malaysia dalam isu Palestin dengan mendesak gencatan senjata, menghentikan pembunuhan dan kezaliman ke atas Semenanjung Gaza.

Dalam kenyataan sama, Mohd Na’im meminta tiga masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melaksanakan solat hajat.

Ia membabitkan Masjid Negara, Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

“Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga telah diminta untuk melaksanakan solat hajat.

“Bulan Ramadan kali ini perlu diambil peluang buat umat Islam seluruh dunia untuk terus berdoa agar rakyat Palestin dilindungi,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts