Bantuan kemanusiaan dihantar ke Syria

 

HATAY – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar 84 muatan bantuan kemanusiaan ke wilayah Idlib di barat laut Syria, semalam.

Trak-trak bantuan melintasi Idlib melalui pintu sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, dekat selatan Turki.

Bantuan terbabit akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Idlib dan kawasan sekitarnya.

Tindakan keras dan kejam terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi oleh rejim Bashir al-Assad pada tahun 2011 menyebabkan perang saudara yang dahsyat.

Ratusan ribu orang telah terbunuh manakala lebih daripada 10 juta lagi kehilangan tempat tinggal, menurut anggaran PBB.

Pengganas di zon de-eskalasi Idlib menghalang akses orang awam kepada bantuan kemanusiaan dan menghalang perjalanan mereka keluar dari wilayah itu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts