Bashar Al-Assad pengganas: Erdogan

 

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan melabelkan Presiden Syria, Bashar Al-Assad sebagai pengganas yang melakukan keganasan dalam negara.

“Assad sememangnya pengganas yang melakukan keganasan di dalam negara. Adalah mustahil untuk meneruskan kerjasama dengan Assad. Bagaimana kita hendak memperoleh masa depan yang cerah dengan Presiden Syria yang membunuh hampir sejuta rakyatnya?,” katanya Erdogan pada sidang media di Tunis, Tunisia semalam.

Beliau yang sedang mengadakan lawatan ke Tunisia berkata, keamanan tidak akan tercapai di Syria selagi Assad kekal sebagai presiden dan rejim Syria tidak memainkan apa-apa peranan bagi pembentukan politik negara itu pada masa depan.

Penyelidik politik Timur Tengah berpangkalan di Istanbul, Mete Sohtaoglu berkata, kenyataan Erdogan itu adalah mesej kepada Moscow dan Tehran, untuk mendorong mereka menggantikan Assad.

“Bercakap dengan Assad tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah Turki. Mengadakan perbincangan dengan Damascus menyebabkan Amerika Syarikat (AS) menganggap Ankara adalah sebahagian daripada paksi Russia-Iran-Syria.

“Kemudian, AS dan semua pihak yang anti-Assad akan meningkatkan sokongan mereka kepada Unit Perlindungan Syria-Kurdis (YPG),” katanya.

Beliau berkata, tiada pihak yang akan dapat membentangkan pelan politik di rantau itu tanpa sokongan Turki.

“Pada akhirnya, Russia dan Iran akan menghentikan sokongan mereka kepada rejim Assad,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts