#MalaysiaNgaji cetus fenomena baru

mngaji

 

PUTRAJAYA – Bagaikan fenomena baharu, apabila program #MalaysiaNgaji peringkat perdana, anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya hari ini mendapat sambutan luar biasa dan di luar jangkaan.

‎Gembira dan terharu dengan sambutan itu, Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, fenomena itu menunjukkan masyarakat kita semakin dekat dengan al-Quran.

“Alhamdulillah saya rasa sambutan kali ini, sangat diluar dugaan, kita jangkakan dalam 1,000 sahaja…dan bawa 1,000 naskhah al-Quran untuk diberi kepada peserta tetapi tidak cukup.

“Hari ini kita dapat lihat ramai penjawat awam yang berpangkat tinggi turut serta dalam program ini.

“Saya kira, perkara ini merupakan satu mementom  yang besar, dan apa yang boleh saya katakan umat Islam di Malaysia yang mengikuti program ini  sedang betul-betul berinterasi dengan al-Quran,”  katanya kepada Sinar On‎line di masjid Tuanku Mizan, di sini hari ini.

Katanya, matlamat program ini adalah bagi menyemai sikap masyarakat Islam supaya menjadikan al-Quran sebagai teman.

“Kita hendak mereka ini membaca al-Quran setiap masa, di mana-mana juga.

“Kita kita ada telefon pintar, dimana-mana pun kita boleh baca al-Quran‎ kini, ini yang kita harap,” katanya lagi.

Program #MalaysiaNgaji yang diadakan hari ini, bukan sahaja dijalankan serentak di seluruh Malaysia tetapi dijangka mendapat lebih banyak penyertaan daripada rakyat Malaysia di luar negara seperti United Kingdom, Australia, Mesir, Turki, Amerika Syarikat (AS), Indonesia, Brunei, Singapura dan Arab Saudi.

Ia merupakan program #MalaysiaNgaji tahun kedua. Disambut tarikh sama, iaitu 24 Ramadan.

Menariknya kali ini, program sejam bersama al-Quran ini turut mendapat sokongan dari negara jiran, iaitu Indonesia melalui Lembaga Tadabbur al-Quran yang akan menggerakkan #IndonesiaNgaji sempena #MalaysiaNgaji.

‎Program ini merupakan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf, Jakim, Perbadanan Perpustakaan semua negeri juga sokongan padu saluran Astro Oasis yang membawakan program Sejam Bersama Al-Quran.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/malaysiangaji-cetus-fenomena-baru-1.537650

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts