Bayi Syria mati kesejukan

IDLIB – Wanita dan kanak-kanak adalah majoriti paling menderita di Syria susulan perang saudara, mereka kekurangan keperluan asas ditambah pula dengan cuaca sejuk melanda negara itu.

Ketua urusan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bantuan kecemasan Mark Lowcock dalam satu kenyataan berkata, pelarian Syria berada dalam keadaan trauma dan terpaksa tidur di luar dalam keadaan sejuk dan suhu beku di kem-kem pelarian.

“Para ibu membakar plastik untuk menjaga anak-anak mereka daripada kesejukan. Ramai bayi dan kanak-kanak mati kerana kesejukan,” katanya.

Beberapa hari lalu, seorang bayi berusia lima bulan, Areej Majid al-Hmeidi, mati membeku, kata seorang pegawai sempadan Syria-Turki, Abu Anwar.

Anwar berkata, keluarga Areej enggan dihubungi media kerana mereka sering menyalahkan diri sendiri yang tidak memberi keperluan secukupnya kepada bayi berkenaan.

“Orang ramai membakar sampah untuk menghangatkan diri.

“Terdapat 800 keluarga di sini, atau kira-kira 5,500 orang, dan hanya ada satu organisasi yang membantu kami dengan membekalkan kami dengan air,” katanya. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts