Bezakan di antara diampuni dosa, dan beroleh pahala

Yang pertama penyebab masuk syurga, yang kedua pula meningkatkan martabat dalam syurga.

Fokuslah pada pengampunan, di samping menambahkan kualiti dan kuantiti pada amalan.

Pengampunan boleh diperoleh dengan munajat yang penuh kesungguhan, penyesalan, dan iktiraf bahawa diri dipenuhi dosa dan kekurangan.

Biasakan dan latih diri untuk menganggap diri kita sebagai debu yang tidak bernilai di hadapan Tuhan, bahawa tiada sekelumit kurniaan Tuhan yang layak kita peroleh melainkan semata-mata ihsan dan belas kasihan daripada-Nya, dan bahawa tiada sekelumit kesakitan atau kesulitan yang menimpa melainkan semuanya adalah disebabkan kecuaian dan kelalaian kita.

Waqfah (Hentian dan renungan) begitu, lebih bernilai daripada dunia dan seisinya, dan bahkan lebih besar daripada semua amalan yang diharapkan padanya pahala.

Atas sebab itu kita dapat fahami kenapa Rasulullah SAW mengajar Saidatina Aisyah RA doa ketika malam-malam Ramadhan, khususnya Lailatul Qadr :

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, cintakan keampunan, maka ampunkanlah aku”

Benar, nilai keampunan tidak akan dapat dibayar dengan sejuta satu amalan yang diharapkan padanya pahala. Ini kerana keampunan itu disandarkan kepada zat-Nya, manakala pahala itu disandarkan kepada kurniaan-Nya.

Ambil peluang Ramadhan ini untuk memutik kembali hubungan dengan Tuhan, di samping mengumpul ganjaran dan pahala di akhirat.

إذا صح منك الود فالكل هين
وكل الذي فوق التراب تراب

“Apabila telah sah cinta-Mu padaku, maka semua perkara menjadi ringan (tidak bernilai),
Dan kesemua yang berada di atas tanah itu, hanyalah tanah”

Ustaz Syamil Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts