Bintang Bollywood umum undur diri demi kembali kepada agama

 

MUMBAI: Aktres Bollywood, Zaira Wasim, mengumumkan mengundurkan diri daripada bidang perfileman kerana menyifatkan penyertaannya dalam industri itu ‘merosakkan kedamaian, iman dan hubungannya dengan Allah’.

Pelakon itu membuat penampilan pertamanya menerusi filem ‘Dangal’ pada 2016 yang turut dibintangi aktor handalan, Aamir Khan.

Zaira, 18, menang Anugerah Kebangsaan bagi Aktres Pembantu Terbaik menerusi Dangal.

Sementara menang Anugerah Kritik Filmfare bagi Aktres Terbaik menerusi filem Secret Superstar, terbitan syarikat milik Aamir Khan.

Filem ketiga Zaira, The Sky Is Pink, menyaksikan beliau bergandingan dengan pelakon Priyanka Chopra dan Farhan Akhtar.

Pengumuman itu disambut pelbagai reaksi, dengan kebanyakannya memuji keputusan itu dan sebahagian lagi berkata pilihan beliau perlu dihormati.

Zaira, 18, mengumumkan menerusi media sosial hujung minggu lalu bahawa beliau tidak gembira dengan dengan kerjayanya.

 

 

Dengan dua filem dibintanginya yang mendapat pujian pengkritik, Zaira dianggap seorang daripada bakat muda terbaik Bollywood.

Oleh itu, pengumuman kelmarin itu mengejutkan banyak pihak.

Zaira menjelaskan beliau tidak bersedia berhadapan kemasyhuran dan perhatian umum malah tidak pernah mahu menjadi suri teladan kepada belia negara itu.

“Saya mungkin sesuai berada dalam bidang ini, tetapi di sini bukan tempat saya,” katanya dalam kenyataan.

Menyedari beliau mendapat banyak kasih sayang, sokongan dan pujian, Zaira juga berkata pilihan kerjaya itu bertentangan dengan kepercayaannya.

“Ia turut membawa ke jalan kejahilan, apabila beralih daripada iman secara diam dan tidak disedari.

“Apabila terus berada dalam persekitaran yang secara kerap masuk campur dengan iman, hubungan saya dengan agama terancam,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Alhamdulillah semuga Allah SWT melindungi serta menjaga kesucian dan keimanan beliau
    Satu contoh terbaik untuk anak muda sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts