BMF: Makin dapat sambutan dalam masyarakat

 

BANGI  – Di sebalik kurang liputan media atau hebahan berkenaan Kempen Utamakan Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) di media massa, kempen berkenaan pada hakikatnya kini berjalan rancak dalam kalangan masyarakat.

Ketua Prasarana Kempen Beli Produk Muslim Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Mohd Nor Izzat Haji Mohd Johari berkata, perkara itu dapat dilihat apabila semakin banyak kedai-kedai muslim yang sudah sedia beroperasi melakukan perubahan bagi menarik minat pelanggan memberi produk keluaran mereka.

“Alhamdulillah, kempen BMF semakin rancak dan mendapat liputan meluas sehingga ke akar umbi. Buktinya, semakin banyak kedai muslim sedia ada mula melakukan perubahan dalam menyediakan produk muslim atas permintaan pelanggan.

“Pelancaran kempen juga telah dilaksanakan ke semua negeri kecuali Terengganu dan Kelantan.

“Karnival BMF pula akan membuka tirai bermula di Temerloh, Pahang pada 16 hingga 19 Januari ini dan akan terus ke daerah-daerah negeri Pahang,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

 

 

Terdahulu, UMMAH telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha melaksanakan kempen berkenaan.

Kempen berkenaan memfokuskan kepada peniaga yang tidak diberi ruang oleh pasaraya-pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka.

Selain itu, Nor Izzat berkata, kempen juga giat dijalankan oleh Malakat Mall iaitu pasar raya 100 peratus produk muslim pertama di Malaysia yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapat mandat dari Mufti Pahang bagi membangunkan Kiosk Muslim di 600 buah masjid di dalam negeri tersebut.

“Berkenaan Malakat Mall, saya difahamkan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dan Coach Fadzil sebagai pengasasnya sedang berusaha bersama semua pasukan untuk memastikan kelancarannya,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts