home Semasa British menjajah bukan kerana rempah

British menjajah bukan kerana rempah

ustpudinMIP16

 

Sejarah yang perlu diperbetulkan. Riuh rendah di ambang kemerdekaan. Pelbagai acara diadakan untuk memperingati Hari Kemerdekaan. Tanggal 31 Ogos 1957 adalah tarikh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Kenapa kita menyambut hari kemerdekaan. Kebiasaan jawapannya ialah kerana kita telah diberi kemerdekaan oleh penjajah British.

Adakah perlu kita menyanjung atau berterima kasih kepada penjajah kerana memberi kemerdekaan kepada kita?

Persoalan yang perlu dijawab oleh kita semua. Persoalan yang lebih penting dari itu ialah KENAPA KITA DIJAJAH.

Adakah bangsa kita pernah mengkhianati mereka atau menipu sehingga mereka sanggup datang dengan bala tentera untuk menakluk kita?

Kedatangan Barat ke Timur di ketuai oleh jeneral tentera. Bukan pedagang atau saudagar yang datang ke Timur. Armada tentera laut mereka yang datang ke Timur.

Tahun 1453M dan 1511M adalah tidak jauh jaraknya. Apakah signifikannya dengan kedua-dua tahun ini?

Tahun 1453M adalah tahun kejatuhan kota Konstantinople dibawah pimpinan Sultan Muhamad Al Fateh. Kota ini merupakan pusat gerakan Kristian sedunia yang terkenal dengan gereja Aya Sophia sementara 1511M adalah tahun kejatuhan kerajaan Islam Melayu Melaka. Ini bermakna kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu adalah misi perang salib yang belum tamat dari dulu hingga sekarang dan akan berterusan hingga akhir zaman.

Tetapi sejarah kita tidak mengatakan begitu. Apa yang diperkatakan oleh pengkaji atau pengarang sejarah kita bahkan para akademik di menara gading ialah kedatangan penjajah British ke negara kita adalah kerana perdagangan rempah.

Kalau kerana rempah, kenapa tidak dinamakan kepada pendatang British sebagai saudagar British sebagaimana dinamakan kepada orang-orang Arab sebagai saudagar Arab atau pedagang Arab.

Adakah betul penjajah British datang ke Malaysia untuk berdagang rempah? Satu fakta sejarah yang perlu diperbetulkan. Kenapa perlu menjajah jika kedatangan untuk perdagangan rempah.

Kita tidak menapikan kepentingan rempah untuk mereka tetapi ia bukannya misi utama British atau Barat datang ke Timur khususnya Tanah Melayu. Misi British datang ke Tanah Melayu adalah misi perang salib. Mereka datang bukan kerana bunga lawang, cengkih, buah pala dan kulit kayu manis tetapi misi utama ialah memerangi Islam di Timur.

Sejarah ini perlu diperbetulkan untuk pengajaran generasi akan datang. Misi perdagangan rempah antara Barat dan Timur menjadi kandungan utama dalam teks atau karangan sejarah di Malaysia dari dulu hingga sekarang.

Misi salib berterusan hingga akhir zaman. Kemerdekaan yang kita capai belum selesai. Kedatangan Barat kurun terdahulu dengan bala tentera. Abad sekarang mereka datang dengan ideologi yang menyerang pemikiran umat Islam. Serangan pemikiran yang amat dahsyat apabila orang Islam sendiri yang mempertikaikan dan merendahkan Islam. Islam dipertikaikan dari segenap penjuru oleh penganut Islam bahkan mereka yang mendakwa kononnya pejuang Islam.

Kemerdekaan yang hakiki ialah apabila umat kembali menghayati Islam. Hidup dengan hidayah ilahi dalam semua aspek kehidupan yang merangkumi aqidah, ibadah, akhlak dan syariat.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir

www.indahnyaislam.my

MALAM INSPIRASI PERJUANGAN 2016 (PEJUANG)

text gambar

19 thoughts on “British menjajah bukan kerana rempah

  1. 1511 Portugis berjaya menjajah Tanah Melayu. 1641 Belanda pulak take over. British take over menjajah tanah melayu pada 18++(lupa).

    1. Tarikh Melaka jatuh ketangan Portugis dalam tahun 1511 juga tipuan semata-mata. Adakah menasabah Melaka boleh jatuh ke tangan Portugis yang datang dengan beberapa buah kapal. Sedang kan Melaka pada ketika itu merupakan kota pelabuhan yang paling maju di atas muka bumi. Beserta pula memiliki pertahanan paling teguh, dimana bilangan tenteranya saja empat puluh kali ganda dah di keliling istana saja terdapat tujuh ribu laras meriam. Fakta sejarah sebenar menyatakan Portugis telah kalah dalam tahun tersebut. Ertinya Melaka jatuh beberapa tahun berikutnya melalui strategi licik, ketika Sultan dan rakyak Melaka leka(mabuk) berpesta.

  2. Historia Vitae Magistra.

    Gold, Gospel and Glory adalah semboyan imperialisme Kuno. Gospel adalah upaya penyebaran agama Nasrani.
    Ini hanya salah satu sudut pandang dalam sejarah, tidak salah untuk diangkat. Sebab baik di Malaysia dan Indonesia, Missi dan Zending terus dilakukan. Semangat perang Salib menjadi misi yang tak usai ditelan waktu. Meski mungkin agak sedikit memberi ruang untuk berpikir, seolah akan menimbulkan perpecahan. Disitulah kita harus objektif meneliti, menyimak dan menyikapi, sehingga tulislah sejarah apa adanya dapat dilakukan dengan baik.

  3. “Tahun 1453M adalah tahun kejatuhan kota Konstantinople dibawah pimpinan Sultan Muhamad Al Fateh. Kota ini merupakan pusat gerakan Kristian sedunia yang terkenal dengan gereja Aya Sophia sementara 1511M adalah tahun kejatuhan kerajaan Islam Melayu Melaka. Ini bermakna kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu adalah misi perang salib yang belum tamat dari dulu hingga sekarang dan akan berterusan hingga akhir zaman.”

    Perenggan yang ni saya kurang setuju. Kesimpulan yang dibuat tanpa sebarang bukti jelas.

  4. Kedatangan British bukan untuk berdagang rempah. Kedatangan mereka untuk mengeksploitasi rempah. Pada masa yang sama penyebaran agama turut berlaku bukan sahaja agama Kristian malah agama Islam.

  5. Banyk fakta perlu kita ketahui.sb apa british..portugal datang ke tanah melayu..perdagangan salah satu.sumber ekonomi untuk industri diorg cth timah ..nk sbr agama kristian pn salah satu.so bnyak sudut perlu tgok..

  6. Mula british portugal datang diorg berdagang.sb diorg dh maju dlm indusri tekstil.tpi persaingan yg kuat dari pdgang china arab diorg mula nk mnguasai.satu lgi permasalahan politik di tanah melayu pun salah satu.cth sb apa diorg mudah kuasai tanah melayu diorg pandai ambil kesempatan cth perbalahan antara pembesar melayu..perebutan takhta.

  7. https://www.indahnyaislam.my/2016/08/hakikat-yang-semakin-dilupakan/.

    Sila baca tajuk di atas. Bukti jelas penjajah Barat ke Timur bermula dari Portugis dan berakhir dengan British tujuan besar adalah misi salib.

    Kenapa artikel fokus kepada rempah.

    Fokus kepada rempah kerana fakta ini amat ditonjolkan dalam teks atau penulisan sejarah negara kita seolah fakta rempah amat dominan dan selalu disebut hampir semua guru dan pelajar dari bangku sekolah hingga ke menara gading. Misi salib hampir tenggelam

    1. Tanpa menolak banyak fakta fakta lain kedatangan Barat ke Timur. Misi utama adalah misi salib. Fakta ini hampir tidak disebut dalam mana mana kelas atau kuliah. Kalu sebutpun hanya sepintas lalu ibarat perisa ajinamoto dalam masakan

  8. Amat mudah tanpa memening-meningkan kepala dan membuang memori semata-mata nak menukar sejarah sebenar… Kalau British menjajah Malaysia kerana agama, dah lama Malaysia menjadi 100% Kristian.

    1. Kita perlu bina jatidiri orang Melayu yang beragama Islam. Jangan cepat mengalah dan menerima apa yang ada asalkan boleh bernafas dan dapat mencari sesuap rezeki dan membiarkan umat terkapai kapai tanpa pembelaan.

      Kesedaran perlu diberi kepada mereka untuk bina semula jatidiri. Mereka sejarah peradaban mereka yang sebenar walaupun menghadapi halangan yang pelbagai.

  9. Perlu di perbetulkan – Perigi Portuguese di Merlimau Melaka yang di agung agungkan,,, sebenarnya adalah perigi Bugis. Ahli sejarah minta diperbetulkan.

  10. Kepulauan Nusantara meliputi Flippina,Malaysia,Indonesia,New Zealand,selatan Jepun,selatan China,Pulau Haiwai sehingga ke Madagaskar..Penduduk Nusantara yang dikenali ‘The Malay Race’ dan menggunakan bahasa Malayo-Polynesian…Jika Nusantara x dijajah maka ia akan menjadi salah satu kuasa veto di Dunia..Wallahu a’lam.

  11. Hayatilah bait-bait puisi ni yg dinukilkan oleh Usman Awang..

    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu,
    Bugis itu Melayu,
    Banjar juga disebut Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu,
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
    Malah muallaf bertakrif Melayu
    (Setelah disunat anunya itu)

    Dalam sejarahnya
    Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan

    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara

Leave a Reply to Razman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *