Bukan muslim jangan polemikkan isu sebatan syariah: Timbalan Mufti

 

BANGI – Timbalan Mufti Perak meminta masyarakat untuk tidak terus mempolemikkan isu sebatan terhadap dua lesbian di Terengganu Isnin lalu dengan politik kepartian.

Ustaz Zamri Hashim berkata, hukuman syariah yang dilaksanakan sudah mengikut landasan agama, dan menyentuh kedaulatan undang-undang negeri, jadi rakyat patut dan menjunjung prinsip Rukun Negara.

Kepada orang bukan Islam katanya, mereka diminta supaya terus menjaga keharmonian hidup bernegara dengan tidak masuk campur tangan di dalam hal ehwal urusan agama umat Islam, jika tidak mahu mengeruhkan hubungan sesama kaum.

“Selain itu masyarakat perlu lebih celik dan mampu membuat perbandingan antara isu kezaliman hukuman dalam Islam yang sering dimomokkan dengan pelbagai tohmahan.

“Hakikatnya kedudukan sebenar hukuman di dalam Islam adalah lebih untuk mendidik masyarakat bukan menzalimi,” katanya.

Mengulas lanjut Ustaz Zamri berkata, perlu jelas hukuman sebat yang dilaksanakan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu itu adalah hukuman takzir bukan hudud.

Katanya, ada perbezaan antara takzir dan hudud, jika hukuman hudud dilaksanakan iaitu sebatan 100 kali, sememangnya dijalankan di khalayak.

“Jika takzir, pemerintah boleh menentukan bentuk hukuman yang munasabah untuk pesalah berkenaan.

“Saya juga bersetuju dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa pesalah telah mengikuti proses keadilan yang sewajarnya bahkan diberi tempoh merayu tetapi lebih rela untuk meneruskan hukuman,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts